terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 3, 2010

Isu AJK Masjid di Perak.. Jawatan di rumah allah pun nak berbalah..cikainya org Islam

IPOH 2 Jan. – Isu perubahan nama ahli-ahli jawatankuasa (AJK) masjid di Perak yang menjadi pertikaian antara orang-orang UMNO dan Pas di negeri itu dijangka selesai Jumaat ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP) akan memutuskan senarai AJK masjid yang sebenar selepas mengadakan mesyuaratnya pada hari tersebut.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mewakili Sultan Perak selaku Ketua Islam negeri.

Kata beliau, mesyuarat dijangka membuat keputusan mengguna pakai senarai asal AJK masjid yang telah dipersetujui Penghulu Mukim, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan Pegawai Tadbir Agama (PTA) daerah sebelum ini.

Sebelum ini, majlis pentauliahan AJK masjid beberapa daerah di negeri ini terpaksa ditangguhkan kerana senarai nama asal AJK telah diubah daripada senarai asal.

“Mesyuarat itu juga akan membincangkan langkah sewajarnya ke atas pihak bertanggungjawab yang mengubah senarai nama AJK masjid secara senyap-senyap.

“Tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab itu sangat penting supaya dijadikan pengajaran buat semua,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini....

1. apa punya bengap org melayu..dok berebut jawatan lagi sedangkan banyak lagi isu besar yg perlu diperjuangkan org islam misalnya penggunaan nama allah

2. yg paling penting bukan jawatan tapi bagaimana jawatankuasa yg dilantik dapat melaksanakan program2 mengimarahkan masjid..tugas pegawai masjid bukan setakat menjadi imam dan bilal tetapi turut menjadi pemimpin..

3. untuk menjadi imam pula bukannya mengikut latar fahaman politik tapi mestilah seorang yang diterima ramai oleh makmum dan kariah..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...