terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 18, 2010

Jangan mudah benarkan orang asing masuki Malaysia

SAYA begitu tertarik dengan tulisan Tun Mamat dan Orang Biasa Prihatin yang meminta pihak bertanggungjawab mengetatkan kemasukan warga asing yang memberikan seribu satu macam masalah kepada negara dan rakyat khususnya.

Saya kini sedang melanjutkan pengajian di New Zealand dan ingin berkongsi pengalaman sebelum saya dan keluarga diterima masuk di negara ini. Apa yang saya kagumi, mereka begitu tegas dalam membenarkan orang asing memasuki negara mereka. Tidak semudah itu untuk warga asing keluar masuk. Pegawai Imigresen mereka juga sangat tegas dan pemeriksaan rapi dilakukan ketika sampai di lapangan terbang.

Begitu juga di Australia, orang asing dikehendaki menunjukkan bukti yang mereka mempunyai wang di dalam akaun, menunjukkan tiket pergi balik kapal terbang untuk visa pelancong serta memberikan alamat dan nama kawan mereka di Australia. Ada pelancong yang datang terpaksa balik serta merta kerana gagal membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas untuk melancong!

Kerajaan Australia dan New Zealand tidak bimbang tindakan itu akan menjejaskan sektor pelancongan mereka. Apa yang pasti, tetap ramai manusia yang datang ke Australia dan New Zealand.

Saya setiap hari mengikuti perkembangan di Malaysia dan ia semakin membimbangkan.

Pihak yang berkenaan tolonglah berbuat sesuatu demi Malaysia yang tercinta. Jika tujuan pemberian Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) untuk menggalakkan sektor pelancongan, fikirkanlah cara lain juga untuk menambah pendapatan negara. Jangan hanya berharap kepada pelancongan.

Bangunkan industri pertanian kita. Majukan industri perikanan dengan mengeksport lebih banyak hasil perikanan ke luar negara dan sebagainya.


New Zealand

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...