terima kasih buat kalian semua..

Thursday, January 14, 2010

JPN Sarawak ketepikan faktor keluarga pindah guru

SAYA ingin meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kriteria perpindahan guru antara bahagian di Sarawak. Isteri saya berkhidmat di sekolah rendah pedalaman yang tiada kemudahan air serta elektrik mohon perpindahan pada 2009 sebanyak dua kali atas sebab keluarga, anak, mengikut suami dan kesihatan.

Namun ia tidak diluluskan. Rayuan kami selepas itu juga gagal. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak dalam membuat pemilihan perpindahan. JPN Sarawak patut mengutamakan hubungan keluarga daripada masalah lain.

Seorang pegawai memberitahu, mereka lebih pentingkan pelajar berbanding keluarga.

Apakah JPN bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam keluarga seperti perkelahian, perceraian atau keselamatan kerana suami dan isteri berenggang sejak sekian lama?

Pegawai terbabit turut memberi alasan tiada kekosongan sekolah di Kuching. Anehnya jika tiada kekosongan mengapa setiap tahun Kementerian Pelajaran boleh menghantar lepasan baru institusi perguruan atau guru sandaran ke sekolah terbabit?

Isteri memohon berpindah kerana saya dan anak berada di Kuching untuk memudahkan segala urusan selain mengurangkan kos perbelanjaan, kesihatan dan keselamatan kami.

Dalam sebulan, dua tiga kali saya membawa anak berusia sembilan bulan berjumpa ibunya untuk merapatkan hubungan kami. Harap JPN Sarawak mempertimbangkan masalah ini.

Ada ketikanya guru berkhidmat setahun sudah layak berpindah ke negeri asal. Janganlah jadikan profesion ini punca perpecahan keluarga.

SUAMI MENGELUH,
Sarawak.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...