terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 30, 2010

Kenapa hanya pelajar asrama di semenanjung yg kena bayar yuran asrama? sabah sarawak tak payah..


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan dalam ruangan ini bertarikh 19 Disember lalu bertajuk 'Usah naik kadar yuran makan SBP' oleh 'Bapa yang merayu' dari Kampung Sungai Pinang.

Sebagai makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 bertarikh 26 Oktober 2009, Surat Edaran KP(BKEW/BT)D Jld.3(36) bertarikh 11 November 2009 dan Surat Edaran KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(43) bertarikh 8 Januari 2010 dirujuk bersama.

Bayaran Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang ditempatkan di asrama adalah seperti berikut:

  • Kutipan Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga adalah untuk 200 hari.

  • Kadar RM1 bagi penghuni asrama dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM4,999 dan ke bawah.

  • Kadar RM3 bagi seorang penghuni dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM5,000 dan ke atas.

  • Penghuni asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta penghuni asrama di bawah PPRT, Orang Asli dan murid OKU dikecualikan daripada membayar Yuran Makan Asrama.

  • Kaedah penentuan pendapatan adalah pendapatan kasar dan elaun ibu dan bapa atau penjaga seperti yang diisytiharkan dalam Borang Maklumat Murid (BMM) Sistem Maklumat Murid (SMM).

    Bagi setiap murid yang tinggal di asrama penuh, kerajaan memperuntukkan subsidi antara RM14 hingga RM16 sehari.

    Kadar baru Yuran Makan Asrama dikenakan atas penghuni yang pendapatan ibu dan bapa atau penjaga mereka tinggi.

    Perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan jumlah peruntukan Bayaran Makan Asrama saban tahun berikutan kenaikan harga kontrak yang dipengaruhi oleh harga barang mentah serta kekangan peruntukan pada pihak kerajaan untuk menampung keperluan bayaran Makan Asrama yang tinggi akibat keadaan ekonomi semasa negara.

    Bagaimanapun, pembayaran itu boleh dilaksanakan secara ansuran mengikut kemampuan ibu bapa atau penjaga.

    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
    Kementerian Pelajaran.

  • ini dah tak melambangkan 1malaysia..patutya adil la..org semenanjung pun bayar cukai..maksudnya kalau org sabah sarwak yg berpendapatan rm10ribu sebulan pun xpayah bayar yuran asrama..ini kah yg dikatakan adil dan semangat 1malaysia???
  • yg tak betul kita kena cakap..bukan semua nak setuju..


  • 4 comments:

    1. aku sesekali tak akan hantar anak aku yg satu2 yg ada ni ke sekolah kerajaan satu malaysia,semua aku tanggung sendiri,ALhamdulillah aku tak nak anak aku jadi amno ...lepas ni dia akan ke luar negeri tanpa ambil upsr,pmr apa 2 lagi.tinggal terus di yamen atau syria belajar ,2 negeri ni telah didoakan RAsullullah,belajar sampai habis, balik jadi daei.Daei utk ummah.InshaALLAH.

      ReplyDelete
    2. Alhamdulilah...saya respect prinsip saudara dan mudah2an terkabul apa yg diimpikan.Trkadang saya trasa kelakar pun ada, macam nak rak ngutuk kerajaan tak betui,haram itu dan ini tapi anak2 smua pakai biasiswa kerajaan utk sambung belajar.Satu anaknya belajar di Dublin buat medic dan kosnya, ehmm.. RM1juta.Tabikk utk saudara beruang dan poraah utk kwn yg saya ceritakan tu.

      ReplyDelete
    3. Itu semua pun bukan duit kerajaan pun, tapi duit rakyat gak.
      Jangan nak berlagaklah dgn duit rakyat, pemimpin sebenarnay adalah hamba rakyat, yang mana gajinya dibayar hasil wang rakyat.

      ReplyDelete
    4. klu pendapatan rm4999 ke bawah tapi ada anak sorg je x ke senang mak bapak tu....tapi bg org yang gaji atas sikit pada rm5000, 2 anak duduk asrama 3 lagi sekolah biasa..x ke teruk gak tu...yela kos naik,sumbangan sumbangan jugak la..macam tak adil pulak...ngapa tak kira perkapita..rasanya lebih adil

      ReplyDelete

    Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...