terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 4, 2010

Lagi kisah pemandu bas ekspres biadab - Bas SP Bumi


KISAH kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 10 nyawa baru-baru ini telah meruntun hati setiap lapisan masyarakat Malaysia terutamanya ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Namun sikap segelintir pemandu bas ekspres masih di takuk lama, seolah-olah kejadian yang berlaku hanyalah perkara yang boleh dipandang enteng.

Kejadian yang disaksikan pada 31 Disember 2009 merupakan bukti kukuh bahawa segelintir pemandu bas ekspres ini langsung tidak mengambil iktibar daripada kemalangan ngeri yang berlaku.

Pada pukul 5.41 petang, saya dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dan mengekori sebuah bas ekspres dua tingkat S.P. Bumi bernombor pendaftaran WRQ 6789. Ketika itu keadaan trafik bertali arus di kedua-dua arah.

Bas tersebut mengekori kereta di hadapannya dengan begitu rapat. Setibanya di Kampung Pasir Putih, Merchang, bas tersebut masuk ke lorong kanan dengan tiba-tiba untuk memotong kereta dan lori yang membawa muatan kayu di hadapannya.

Walaupun kereta dari arah bertentangan telah memberi lampu amaran, namun pemandu bas terus memecut untuk memotong. Cubaan itu gagal kerana jarak kenderaan yang datang dari arah bertentangan adalah terlalu hampir.

Bas yang hampir separuh memotong kereta di hadapannya itu terus menghimpit kereta yang dipotongnya dalam cubaan untuk masuk kembali ke lorong kiri. Kereta tersebut hampir terbabas ke bahu jalan dan hanya beberapa inci dari dinding bas.

Pada masa itu saya terbayang bagaimana jika bas itu bergesel antara satu sama lain. Pastinya penumpang di tingkat bawah dan pemandu kereta tersebut akan menjadi mangsa. Pemandu kereta terus membunyikan hon supaya pemandu bas tidak terus menghimpitnya ke bahu jalan dan memberi laluan kepada bas tersebut untuk masuk semula.

Kereta yang bertentangan juga terpaksa ke bahu jalan bagi mengelak bertembung dengan bas tersebut.

Namun episod ngeri itu tidak berakhir di situ, setelah beberapa saat berada kembali di lorong kiri, sekali lagi bas tersebut ingin memotong lori di hadapannya. Dengan secara tiba-tiba, pemandu bas terus masuk ke lorong kanan. Pada masa yang sama terdapat sebuah kereta sedang memotong di lorong kanan begitu hampir dengan bas tersebut.

Terlintas di fikiran saya, adakah pemandu bas tidak melihat kenderaan yang datang dari arah belakang sebelum memotong? Nyata sekali pemandu bas hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa penumpang.

Kejadian seperti inilah yang menjadi punca kemalangan maut. Tanpa kesedaran oleh pemandu bas, apa jua tindakan dan langkah pencegahan yang diambil tidak memberi apa-apa makna.


Kuala Terengganu

5 comments:

  1. Tak silap saya dulu ada kaedah di mana ada seorang polis undercover di dalam bas. Peraturan tu dah tak ada lagi ke ? Baru jadi pemandu bas pu dah action !!! Belum lagi jadi pemandu kapalterbang atau pemandu (?) kapal selam. Yang eloknya bila pemandu2 macam ni terlibat dalam kemalangan maut, yang terbunuh adalah anak2, isteri dan mak bapak dia orang. Baru padan muka !!!

    ReplyDelete
  2. Buat laporan. Orang mcm tu memang patut kena 'AJAR..."

    ReplyDelete
  3. Buat laporan ? Masuk tong sampah je lah laporan tu !!

    Peribahasa - bila terhantuk baru terngadah - bila ade kematian baru nak buat traffic light.

    Dah berpuluh (jika tidak ratusan) kematian dek sebab bas express, ape tindakan yg telah diambil ? Nak tunggu kita buat laporan ?

    lepas tu ... laporan ... kemudian ... laporan ... bentang di Parlimen ... laporan ... sampai bilalah kita nak belajar dan ambil tindakan serta merta tanpa tunggu ... laporan ???

    Yg berasa hampa adelah keluarga yg meninggal dek sebab bas express yg dipandu laju ... driver yg mengantuk ... bila LPKP nak ambil tindakan ... tunggu laporan !!! biasa dah dengar.

    Dah Buat Laporan (bukan pasal bas express) tapi tiada tindakan dari PDRM/DBKL.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  4. ala....bukan salah pmandu jerk....barua2 jalanan pon yang bawak keta kcik pon ada nak tunjuk angkuh bla nampak bas double deck besar gedabak ni....

    ReplyDelete
  5. x sedor agaknye

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...