terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 20, 2010

Lambakan PATI ganggu kehidupan rakyat

BARU-BARU ini kita didedahkan bahawa hampir 40,000 warga India hilang di Malaysia. Ini baru sahaja dari india tidak termasuk negara-negara lain lagi. Hal ini mungkin mengejutkan semua pihak kerana dalam diam-diam negara kita dipenuhi pendatang asing.

Perkara ini menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Ini kerana pendatang asing khususnya yang ‘menghilangkan’ diri di Malaysia sedikit pun tidak berasa takut dengan undang-undang negara kita. Jika mereka takut tidak mungkin mereka akan sanggup menghilangkan diri setelah tempoh visa mereka tamat.

Persoalannya adakah kerajaan percaya sebulat-bulatnya bahawa mereka datang ke negara ini hanya untuk melancong? Saya percaya mereka datang ke negara ini bukan untuk melancong tetapi untuk bekerja. Hal ini adalah kerana yang datang untuk melancong kebanyakannya dari kalangan negara dunia ketiga.

Begitu juga yang berlaku kepada warga negara lain seperti dari Afrika, memang ada yang ikhlas datang untuk belajar dan melancong tetapi ramai yang datang ke negara ini untuk melakukan jenayah seperti pengedaran dadah.

Realitinya memang ramai mereka terlibat dalam jenayah ini, malah segelintir warganegara kita terperangkap menjadi ‘keldai dadah’ ke negara lain. Oleh demikian, kerajaan dan semua pihak, termasuk penduduk tempatan patut berganding bahu dalam mengesan dan mendedahkan mereka yang bersembunyi di negara kita.

Kita mahu semua rakyat pelbagai kaum hidup aman dengan slogan 1Malaysia tanpa gangguan rakyat negara luar. Hal ini kerana saya bimbang jika ada pendatang dari luar yang menyamar sebagai masyarakat tempatan akan menimbulkan banyak masalah kerana pendatang tidak sama didikan sekolahnya dengan masyarakat tempatan.


Dabong, Kelantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...