terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 20, 2010

Makin banyak jirat Cina ‘hiasi’ PLUS

HAMPIR setiap minggu saya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk sampai ke destinasi. Setiap kali saya lalui Taman Peringatan Nilai (Nilai Memorial Park), hati saya berdetik.

Apakah keistimewaan kawasan ini sehinggakan ramai kaum Cina sanggup membayar ribuan ringgit untuk ditempatkan di situ selepas mati! Adakah kerana kawasan itu disebut sebagai taman? Nama yang tertera memanglah hebat dan berbunyi komersial tetapi sebenarnya ia hanya tanah perkuburan atau jirat Cina sahaja.

Dahulu, saya tidak mengambil peduli tentang kawasan tersebut namun kebelakangan ini, selepas saya lihat sudah banyak jirat boleh dilihat dari lebuh raya, saya terpanggil untuk bertanya kepada pihak majlis tempatan mahu pun pihak PLUS akan tanggungjawab mereka.

Ketika saya kecil dahulu, jangan sebutlah pasal kubur. Apatah lagi kalau nak lalu kawasan tersebut. Ada sahaja mistik bermain di dalam fikiran.

Tidak ada lebuh raya di dunia yang meletakkan kawasan perkuburan bersebelahan dengan lebuh raya. Tidak tahulah saya kalau taman yang dimaksudkan sebahagian daripada taman yang dibuat oleh pihak PLUS untuk mencantikkan dan menghiasi lebuh raya.

Dalam ingatan saya, lebuh raya PLUS ini dibina sebelum tanah perkuburan (taman) ini diadakan. Lainlah kalau lebuh raya dibina bersebelahan kawasan kubur yang memang tersedia ada.

Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak yang bertanggungjawab dapat membuat sesuatu seperti membina tembok yang tinggi atau menanam beberapa batang pokok yang tinggi sepanjang lebuh raya tersebut sebagai benteng agar dapat menghalang pemandangan pengguna lebuh raya. Perlu diingat, pandangan rakyat dan sensitiviti kaum perlu diambil kira.


Bandar Baru Bangi, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...