terima kasih buat kalian semua..

Friday, January 15, 2010

Polis enggan siasat aduan

SAYA sangat kecewa dengan perkhidmatan Ibu Pejabat Polis Daerah Perda ketika menangani laporan kecurian pada 26 Disember lalu.

Beg duit saya dicuri ketika berkerja menyebabkan saya rugi RM150, hilang kad pengenalan dan cukai jalan motosikal. Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup tempat saya berkerja.

Bagaimanapun pegawai terbabit tidak mahu menyiasat tempat kejadian, malah enggan meneliti rakaman itu dengan alasan kecurian membabitkan kerugian kecil.

Jawapan inspektor muda itu membuatkan saya sudah jatuh ditimpa tangga. Katanya, kerugian saya terlalu kecil dan tiada kes dibuka.

Mungkin kecil baginya yang bergaji ribuan ringgit sebulan. Namun bagi ibu tunggal seperti saya yang menyara dua anak dengan gaji RM500 sebulan, kehilangan itu besar.

Saya harap polis memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) dan slogan polis ‘Tegas, Adil dan Berhemah’ serta memenuhi integriti sebagai penjaga keamanan negara.

YANG KECEWA,
Bukit Mertajam.


** buat malu penang saja...hahahah..siasat lah walau hilang sekupang...


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...