terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 26, 2010

Raba, ramas dalam gelap


REMAJA sengaja datang awal dan memilih kerusi di bahagian belakang yang lengang serta gelap untuk melakukan maksiat. Segelintir remaja dikesan menjadikan panggung wayang tertentu di sekitar bandar raya ini sebagai sarang maksiat apabila 'membuat wayang' bersama pasangan masing-masing ketika berada dalam panggung.

Keadaan panggung yang gelap difahamkan memudahkan kegiatan maksiat ini dilakukan, malah Berita Harian turut dimaklumkan mengenai kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah berlaku di laluan bahagian belakang kompleks membeli-belah yang menempatkan panggung wayang berkenaan.
Tinjauan mendapati panggung wayang berkenaan memang menjadi pilihan ramai remaja termasuk pelajar sekolah kerana lokasinya di tengah kawasan bandar, selain berdekatan pusat membeli-belah.

Namun, tanpa disedari, segelintir remaja berselindung di sebalik aktiviti ini dengan melakukan kegiatan maksiat seperti berpelukan, berciuman serta melakukan aksi panas yang lain.

Lebih mengejutkan, ada juga di kalangan remaja lelaki yang datang secara berkumpulan turut membawa minuman keras yang dipercayai akan ‘diseludup’ ke dalam dewan menonton tanpa kebenaran kakitangan.

Menurut Pengurus Pawagam Lotus, Mohan Margan, kegiatan maksiat di kalangan remaja kerap berlaku ketika tayangan awal berlangsung berikutan tidak ramai penonton ketika itu.

Katanya, faktor panggung lengang mungkin menyebabkan kegiatan maksiat berlaku dengan kakitangan keselamatan menangkap antara lima ke 10 pasangan berusia sekitar 20-an kerana kesalahan itu.

Mereka terbabit bijak kerana akan datang awal untuk menonton wayang selain menjadikan lokasi kerusi di bahagian belakang dewan yang agak gelap dan terselindung bagi melakukan kegiatan maksiat.

"Kakitangan keselamatan yang melakukan rondaan pernah menghalau beberapa pasangan yang melakukan aksi panas seperti bercium meraba dan meramas ketika orang lain sedang menonton wayang.

"Bagaimanapun, tiada tindakan dapat diambil ke atas mereka ini selain menghalang remaja ini dari masuk panggung wayang dan memberi amaran kerana mengganggu penonton lain," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Oleh M Hifzuddin Ikhsan


1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...