terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 6, 2010

SEKS MALAM TAHUN BARU..

BEBERAPA hari lalu penduduk di seluruh dunia menyambut tahun baru. Ada yang meraikannya dengan program keagamaan atau pesta dan hiburan. Di bandar besar sambutan dengan nyalaan bunga api yang sebelumnya disusuli konsert sudah menjadi amalan masyarakat pada hari ini.

Negara kita juga tidak terlepas daripada bahang sambutan tahun baru. Sambutan detik 12 malam diadakan di merata tempat. Masing-masing begitu teruja meninggalkan 2009 dan melangkah ke tahun baru.

Namun, amat menyedihkan apabila kita perhatikan cara sambutan masyarakat Malaysia kini. Malam tahun baru adalah masa paling sibuk bagi penguat kuasa jabatan agama Islam di seluruh negara melakukan operasi mencegah pasangan khalwat termasuk dalam kereta atau di hotel murah.

Bagi pasangan itu, sambutan tahun baru lebih bermakna jika dapat bermadu kasih dan memenuhi nafsu yang terpendam selama ini.

Tidak dilupakan ialah sambutan tahun baru dengan lumba haram yang dianjurkan anak muda. Ia juga malam bagi mat rempit menggadai nyawa.

Walaupun operasi dan sekatan jalan raya dilakukan secara bersepadu oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan pada malam sambutan tahun baru, itu semua tidak pernah diendahkan.

Kedegilan mereka merempuh sekatan jalan raya membimbangkan kita.

Dalam kepesatan pembangunan negara hari ini, krisis jati diri semakin parah dan menggusarkan kita.

Mana tidaknya, agama tidak lagi dijadikan sandaran dalam kehidupan, sebaliknya terus disisihkan.

Nilai moral bukan menjadi pegangan, tetapi budaya hedonisme jadi ikutan. Cara pemakaian bohemian terus menjadi trend, sekali gus menyumbang kehancuran akhlak generasi muda.

MOHD SHUKRI HUSSIN,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...