terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 23, 2010

Ulat di Lebuhraya Utara-Selatan perlu dibanteras

SAYA adalah pengguna yang kerap menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk urusan perniagaan antara Johor dan Kuala Lumpur. Saya selalu menggunakan 'R&R Seremban arah selatan' untuk berehat dan menjamu selera.

Pada mulanya saya beranggapan kegiatan ini bersifat sementara. Tetapi setelah beberapa kali singgah di sana, saya dapati ia menjadi satu gejala berpanjangan dan bilangan semakin bertambah, iaitu:

n Seseorang pemuda akan mendekati kita dengan menawarkan telefon bimbit, jam tangan atau apa sahaja barang terpakai kepada orang yang singgah, sama ada orang tempatan atau pelancong. Pemuda ini yang saya anggap ulat bergerak secara berkumpulan sehingga melebihi 10 orang.

n Ada juga sebilangan orang yang berperwatakan 'warak' untuk mengutip derma dengan alasan ada kebenaran daripada pihak berwajib, sedangkan ia boleh diragui.

Saya terpanggil untuk memaklumkan perkara ini kerana ia telah berpanjangan. Satu ketika saya telah ditanya oleh seorang pelancong mengenai kualiti barangan yang dijual.

Mereka amat keliru dan amat tidak selesa kerana terpaksa melayan ulat berkenaan sedangkan pelancong berkenaan tidak berminat dengan barangan yang ditawarkan.

Saya berharap pihak PLUS akan mengambil perhatian terhadap perkara ini demi keselesaan pengguna.

MOHD SABANDI ASMONI

Batu Pahat, Johor.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...