terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 5, 2010

Untuk Makluman semua..hospital kerajaan beroperasi 24 jam..


DENGAN segala hormatnya saya merujuk kepada surat oleh Mohd. Ghazali Zainal Abidin bertajuk Hospital Kerajaan Perlu Beroperasi Tanpa Henti di ruangan ini pada 28.12.2009.

Penulis telah mencadangkan bahawa hospital kerajaan beroperasi tanpa henti berdasarkan satu kes yang melibatkan Hospital Kluang, Johor. Beliau menyatakan seorang jiran kampungnya yang dihantar ke hospital tersebut pada hari Jumaat terpaksa mendapatkan rawatan dari hospital swasta atas dakwaan bahawa kakitangan di Jabatan X-Ray di hospital itu tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kenyataan beliau ini adalah tidak benar kerana semua kakitangan Jabatan X-Ray di hospital tersebut bertugas 24 jam, termasuk hari minggu dan cuti umum, mengikut syif dan bertugas atas panggilan.

Untuk makluman, semua hospital kerajaan beroperasi 24 jam sehari dan keutamaan diberikan kepada kes-kes kecemasan tidak kira waktu dan hari kelepasan.

Pihak hospital juga memastikan semua pesakit tidak kira status kehidupan diberi rawatan yang sewajarnya.

Jika pesakit memerlukan rawatan lanjut dimana perkhidmatannya tidak terdapat di satu-satu hospital, pesakit akan dirujuk kepada mana-mana hospital kerajaan yang lain sama ada di dalam negeri Johor atau di luar negeri Johor, termasuk Hospital Kuala Lumpur jika perlu.

Oleh kerana penulis tidak menyatakan butiran pesakit atau tarikh pesakit dirawat di hospital tersebut agak sukar pihak Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk mengenal pasti kes yang dimaksudkan.

Sehubungan itu, saya meminta kerjasama Mohd. Ghazali Zainal Abidin untuk menghubungi saya di talian 07-2245086 dengan kadar segera.

DR. MOHD. KHAIRI YAKUB

Pengarah Kesihatan Negeri Johor

Jabatan Kesihatan Negeri Johor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...