terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 28, 2010

Guru tertekan sekolah asyik kejar glamour


SEKOLAH tempat saya mengajar gah dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya. Suasana gilang-gemilang disambut dan diraikan penuh kebanggaan oleh pentadbir besar sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Setiap aktiviti yang dibuat semuanya mahu kelihatan cantik, sempurna, berjalan lancar dan seboleh-bolehnya hebat.

Kekadang terfikir juga oleh kami, guru-guru di sekolah ini, apakah ini trend terkini pengetua-pengetua yang sememangnya sukakan `kerja-kerja glamour' atau lebih senang cerita `gilakan nama' berbanding menekankan kepentingan pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru terpaksa mengorbankan pekerjaan utamanya, iaitu mengajar, kepada membuat `kerja-kerja glamour' yang memenuhi selera dan keinginan pengetua. Guru-guru sekolah ini kini cekap dengan kerja-kerja yang menghasilkan sesuatu yang `glamour' tetapi soal mengajar dan melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah hampir sifar.

Sebab itulah, sekiranya dilihat daripada markah yang diperoleh untuk mendapat gelaran anugerah, lebih terarah kelebihannya dari segi keceriaan, dokumentasi dan kokurikulum. Manakala, kurikulum jauh ketinggalan.

Soal keceriaan tidak usah cerita. Guru-guru ibarat `tukang kebun' merangkap `buruh paksa' yang terpaksa mengecat dinding-dinding dengan pelbagai mural impian pengetua.

Kalau tidak puas hati dengan hasilnya, buat sekali lagi. Pantang ada dinding yang kosong, ada sahaja idea hendak mewarnakannya. Setiap penjuru dan sudut penuh dengan bunga-bunga plastik yang kononnya `syurga dunia'.

Maka jadilah sekolah seperti taman bunga dan dindingnya seolah-olah sekolah tadika. Rungutan kami tidak pernah dipedulikan. Pelajar-pelajar bertempiaran seperti anak-anak kambing terlepas kandang kerana guru-guru yang sepatutnya mengajar, sibuk menaip laporan untuk dokumentasi, mengecat dan menanam pokok bunga. Ketua-ketua bidang turut dikerah menghias papan-papan kenyataan.

Setiap kali berlaku upacara di sekolah, tidak kira Sambutan Hari Guru, Hari Kecemerlangan Kurikulum, Hari Graduasi dan sebagainya, maka bertempiaranlah guru-guru membuat persiapan dan persediaan yang canggih-canggih. Tinggalkan pelajar-pelajar di kelas yang hanya diselia dari jauh.

Paling hebat, sekiranya sekolah didatangi para pelawat dari luar, nazir-nazir, orang dari PPD serta JPN dan orang dari kementerian, keadaan seolah menjadi setegang-tegangnya dengan guru-guru terpaksa membuat persiapan menyambut tetamu-tetamu hebat ini.

Bebanan kerja guru semakin bertambah. Tujuannya untuk memelihara apa yang sedia ada. Maka, guru jugalah yang menjadi kerani menaip laporan, tukang sapu di bilik guru, tukang cat tembok, tukang kunci pintu pagar, tukang meronda blok, tukang kutip sampah dan yang paling teruk, tukang jaga tandas pelajar.

Guru bertungkus-lumus berulang-alik ke sekolah tidak kira waktu cuti sekolah, hari minggu, hari Sabtu, dan hari-hari cuti yang telah dikhaskan semata-mata menyiapkan kerja-kerja mengikut kehendak pengetua.

Hendak guna mesin fotostat sekolah untuk hal sekolah pun susah. Inikan pula nak `rezo' latihan-latihan dan nota-nota untuk pelajar. Takut dakwat dan kertas habis agaknya. Bajet yang ada sudah disalur pada keceriaan dan kecantikan sekolah.

Sekolah seperti ini kini semakin tersasar daripada matlamat utama Dasar Pendidikan Negara yang menekankan perkembangan sahsiah pelajar serta mengutamakan kecemerlangan dalam kurikulum. - GURU-GURU TENSION, Cheras, Kuala Lumpur.

6 comments:

  1. itu sbb pelajar skg bodoh2..result mmg bagus, tp hasil hafalan..nk huraikan tak faham..mereka dh jadi mcm robot..tidak kritif..

    ReplyDelete
  2. Memang betul apa yang diutarakan oleh saudara ini,beginilah nasib guru seperti pencacai dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah,tapi kalu bab prestasi guru hampeh aje yang guru dapat,takut guru dapat lebih markah dari guru besar dan pk2 gamaknya!!!!
    Guru juga manusia yg ada perasaan w/pun nak mengampu tp jgnlah lupa kebajikan guru2!!!

    wasalam, ClorocBleach

    ReplyDelete
  3. jangan cabar pengetua..sebab mereka tu wali..tak ada dosa..jangan cabar pegawai2 di ppd dan jpn sebab mereka wali tertinggi..lagi tak ada dosa..mereka adalah pegawai2 yg sungguh cemerlang disekolah dulu hingga tak layak duduk di sekolah sebab tu kena jadi pegawai tertinggi kat ppd dan jpn. sabar la cikgu, dah nasib kita..memang benar kata Allahyarham Aminuddin Baki..'mereka yg bijak pandai hanya akan ditipu oleh org yg bijak pandai sahaja'...duduk kat sekolah, mengajar, kerja 7 hari seminggu demi masa depan pengetua. sebab? pengetua nak jadi pengetua kanan, pengetua cemerlang..dari gred 48 ke 52 ke 54 ke jusa c...biar cikgu mampos, biar rumahtangga cikgu huru hara tak pa asalnya pengetua, ppd dan pengarah bahagia..sabar jela

    ReplyDelete
  4. betul apa yang saudara nyatakan dokumantasi skolah macam nak ambil phd

    ReplyDelete
  5. tak heran..mana sekolah pun sama..core mereka ialah mengajar,memberi ilmu dan membimbing..tapi sekarang lain benda yang dibuat..huh..

    padan pun bdak2 bengong...masuk sekolah 12 tahun takde pe yang depa tau....

    ReplyDelete
  6. kau citerlah kat KPM kau citer kat sini apa aku blh buek, buek bodoh bulihlah

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...