terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 12, 2010

Langkah penjimatan membebankan


TAHUN 2010 adalah tahun cukup mencabar bagi Kementerian Pelajaran terutama dari segi perbelanjaan tahunan kerana peruntukan dalam Bajet 2010 dikurangkan. Pengurangan ini menuntut agensi di bawah kementerian itu menjalankan langkah penjimatan dan pengurusan kewangan berhemah.

Ekoran langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah inilah beberapa tindakan diambil seperti mengurangkan kursus yang tidak perlu. Bagi sebuah institut pendidikan guru di negeri Perlis, antara langkah diambil ialah kakitangannya tidak dibenarkan menuntut perbatuan dan mereka dikehendaki menuntut persamaan satu tempat duduk teksi melalui satu memo ketua jabatan.

Masalahnya ialah adakah teksi mahu menerima bayaran dengan bayaran satu tempat duduk saja, bukannya sebuah teksi untuk ke sesuatu jarak? Keduanya ialah tidak semua teksi sanggup membawa kakitangan ini untuk ke destinasi yang jauh ke pedalaman atau yang sukar baginya.

Kakitangan di institut ini juga tidak dibenar menuntut elaun penginapan atau sewa hotel, makan dan harian ketika menjalankan tugas rasmi. Bayangkan seorang kakitangan yang menjalankan tugas rasmi tiga atau empat hari di luar, terpaksa membiayai sendiri bayaran sewa hotel, makan minum dan perjalanan.

Persoalan yang berlegar di minda kakitangan institut pendidikan guru ini ialah sama ada institut pendidikan guru lain masih membenarkan kakitangan menuntut bayaran sewa penginapan hotel, perbatuan, harian dan makan minum seperti biasa, sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ini jelas menunjukkan tiada satu prosedur standard penjimatan dan pengurusan berhemah. Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2008 mengenai ‘Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Secara Berhemah’ tidak pula memperhalusi bahawa seseorang ketua jabatan perlu memotong segala tuntutan seperti di atas.

Pekeliling itu hanya menyebut perbelanjaan bagi perjalanan dalam negeri hendaklah dihadkan kepada perjalanan yang benar-benar perlu saja. Bagi kakitangan di institut pendidikan guru seperti pensyarah, mereka amat perlu untuk keluar bagi menyelia dan membimbing pelajar ketika praktikum dan urusan rasmi lain.

Pihak yang berkenaan di institut pendidikan guru ini perlu memikir semula langkah penjimatan yang diambil. Janganlah ia menghalang tugas kakitangan dan meruntuhkan semangat kerja kakitangan. Kakitangan di institut pendidikan guru sudah banyak berkorban tenaga, wang dan masa. Fikirlah.

PEMERHATI 2010

Alor Setar, Kedah

1. klaim pun tak boleh buat nak buat keje camana...takkan nak kuarkan duit sendiri kot utk segala bil hotel dan minyak..

2. semua jabatan skrg ni macam tu..jimat..naik airasia je la ni..tapi taklah sampai tak boleh claim lsg..

4 comments:

  1. ini semua sebab bajet rosmah 20 juta untuk permata...duit tgh tak de duit gaji polis naik pulak...bajet 20 juta utk pembanguna artis...kepala toya kerajaan..tak habis2 menhkhianati rkyat

    ReplyDelete
  2. aku raser elok pun xde pakej2 nih.. kursus2 pun patut dibekukan ajer (utk selama-lamayer!) kecuali kursus2 penting mcm Induksi dan BTN.

    Lagi 1, kerjaan elok la potong gaji2 pegawai tuh (DG41 ke atas) depa bukan buat apa2 pun.. yang bengkung buat kerja semua anggota sokongan.

    ReplyDelete
  3. sian pnsyarah kta..ish3..
    ngundi skli lg, pndai2 la plih pmimpin.
    phm2 la noh...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...