terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 12, 2010

Pengguna pengaruhi harga barang

ANEH sungguh apabila setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, harga barang keperluan sentiasa stabil, malah harga buah limau, hidangan wajib kepada tetamu ketika perayaan itu juga tidak dinaikkan malah lebih murah daripada hari biasa.

Begitu juga harga runcit barangan lain seperti tepung, minyak masak, gula dan barangan basah yang dijual di pasar. Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberikan garis panduan supaya tidak menaikkan harga setiap kali hari kebesaran atau hari raya sesuatu kaum itu tetapi hanya nampaknya apabila menjelangnya Ramadan dan seterusnya Aidilfitri harga barangan mulai naik tiba-tiba.

Kenapa jadi begitu dan adakah orang Melayu berbelanja keterlaluan apabila dibandingkan dengan bangsa lain ketika meraikan sesuatu hari kebesaran mereka sedangkan sepatutnya agama Islam mahukan umatnya berjimat cermat dan tidak membazir.

Bayangkan setiap kali menjelang Ramadan harga barangan keperluan pasti naik dan agak sukar diperoleh disebabkan pemborong dan peruncit yang tamak itu menyorokkan barangan keperluan utama mereka agar dapat dijual dengan harga lebih tinggi.

Bagaimanapun apabila masyarakat Cina atau India meraikan hari kebesaran mereka, apa yang dihidangkan di meja untuk tetamu adalah sederhana saja. Sebaliknya menjelang Aidilfitri umat Islam berbelanja melebihi kemampuan keluarga. Sudahlah berbelanja mewah pada Ramadan dan apabila menyambut Syawal tidak cukup hanya satu atau dua hari tetapi mesti sebulan juga.

Itulah hakikatnya dan orang Melayu hendaklah mengubah minda mereka daripada bersikap negatif kepada positif atau daripada suka membazir kepada sederhana.



SYED ABDULLAH

Ampangan Seremban

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...