terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, February 10, 2010

Selamat ke Pakai RON95?


KELMARIN, kita dikejutkan kes ngeri enam sekeluarga rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar treler di Senawang.

Namun bukan tujuan saya untuk mengulas lanjut kes kemalangan ngeri berkenaan.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah punca lain dan langkah pencegahan yang perlu difikirkan bagi mengelak perkara sama berlaku.

Apa yang saya sedari, semakin banyak kes seperti ini dilaporkan sejak penggunaan RON95.

Mungkin ini hanya prasangka saya, tetapi perlu ada siasatan terperinci adakah RON95 mempunyai ciri-ciri mudah meruap atau sebagainya.

Mungkin juga, ciri-ciri keselamatan kereta pada tangki minyak yang tidak diambil berat oleh kejuruteraan sekarang.

Saya berharap ada pihak yang dapat meneliti perkara ini dengan lebih mendalam agar kes kemalangan seperti ini dapat dielakkan.

PEMANDU WIRA HITAM,
Ipoh.

5 comments:

  1. RON 95 mcm sial............
    merosakkan kenderaan saja...................
    baik bayar mahal sikit RM2.05 lebih puas hati..

    GooD Man ToWN

    ReplyDelete
  2. Kalau nak galakkan penggunaan RON 95, Ambil teknologi dan enjin Amerika dimana RON 87-RON 95 di pakai petrol di Amerika dan Kanada. Di US dan Kanada, RON 97 tak ada dijual di pasaran US kerana mahal dan pasaran tempatan. Kereta kat US kebanyakkan guna RON 87 hingga RON 95. Paling popular ialah RON 91 di US.

    ReplyDelete
  3. Adik Yong dan suaminya dua2 guna kerete jenama malaysia. Tapi deme tak guna RON95. Deme kata kerete rosak bila guna RON95. Contohnya mati tetiba di tengah jalan, terhenggot2 dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. kalau nak guna juga Ron 97 kita kena campur dgn diesel sikit baru kereta tak terbakar.Ron 97 tak dak kualiti langsung kereta terhingut hingut.Kita kena bagitau menteri gunalah minyak yang kualiti sikit kalau nak jaga rakyat,ni asyik mau rakyat jaga pak menteri sj pak menteri tak tau jaga rakyat.Kalau mau sokongan sanggup turun buat rumah angkat rumah dan sebagainya.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...