terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 7, 2010

Takaful Malaysia liat bayar tuntutan polisi

SUAMI saya menyertai Polisi Insurans Takaful Malaysia Pelan Sihat C. Sepanjang menyertai polisi itu, suami saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sehingga beliau ditimpa nahas pada Oktober 2009.

Saya sudah mengisi borang tuntutan tinggal di wad dan menyertakan segala dokumen dikehendaki. Segala dokumen dikehendaki saya pos menggunakan Pos Ekspres ke Takaful Malaysia cawangan Seremban.

Sebulan selepas dokumen dikirim, saya tergerak hati untuk menelefon pejabat Takaful Malaysia cawangan Seremban untuk mengetahui perkembangan permohonan suami saya. Apa yang mendukacitakan kakitangan cawangan Seremban memberitahu borang dan dokumen yang dikirim tidak sampai.

Beliau meminta saya pos semula borang bersama dengan salinan kad pengenalan dan salinan bil tinggal di hospital. Menurut kakitangan cawangan Seremban, laporan doktor tidak diperlukan kerana suami saya memohon tuntutan tinggal di wad saja.

Sekali lagi saya kirimkan segala borang dan dokumen ke Takaful Malaysia cawangan Seremban. Kali ini surat dikirimkan dengan nama penerimanya. Baru-baru ini saya menelefon kembali Takaful Malaysia Cawangan Seremban untuk mengetahui perkembangan permohonan.

Sekali lagi saya kecewa kerana borang tuntutan suami saya tidak ada. Kakitangan yang bertanggungjawab untuk membuat tuntutan pula tidak ada di pejabat. Kecewa dengan sikap kakitangan cawangan Seremban, saya hubungi Ibu Pejabat Takaful Malaysia di Kuala Lumpur.

Di sini barulah saya menerima maklumat lengkap iaitu laporan doktor diperlukan untuk membuat tuntutan. Apa yang saya kesalkan sikap kakitangan cawangan Seremban yang memberikan maklumat salah dan tidak menghubungi saya jika dokumen diperlukan tidak lengkap sedangkan nombor telefon sudah disertakan.

Saya sudah membazir masa dan wang kerana menelefon banyak. Tuntutan yang dibuat tidak seberapa, bil telefon melambung. Kepada kakitangan insurans Takaful Malaysia usah jadikan pemegang polisi umpama bola.

KESAL DAN

BENGANG,

Yan, Kedah.

9 comments:

  1. Kesilapan di sini ialah tentang prosedur, bukan masalah kelewatan membayar tuntutan lain kali elakkan menghantar menggunakan pos.

    ReplyDelete
  2. sy ade buat pembatalan polisi 1 insuran nih dan dlm kontrak menyatakan ada bayaran balik kepada akaun peserta,tp realiti dia, sy tidak dapat apa2.. burn je duit tuh..

    ReplyDelete
  3. takaful malaysia mmg penipu satu lg jgn percaya dgn TFC bernama huzail hafiz penipuuu besar

    ReplyDelete
  4. produk insurans nie dah betul... orang yg jual polisi tu yg x btl ye... nak dapat komisyen bnyk kata kn... masa nk berhnti punye payah... so kite sbagai pengguna kena bijak dlm insurans...

    ReplyDelete
  5. sijil takaful sihat saya sudah matang pada bulan februari baru2 ni..sy sudh terima surat dr takaful untuk setelkan surat2 yg didownload dari website takaful dan sudah dipos ke ibupejabat di KL..namun apa yang mendukacitakan saya ialah refund yang saya terima tidak setimpal dengan 10 tahun punya bayaran bulanan...saya hanya terima suku daripada jumlah sepatutnya yg saya dapat...

    ReplyDelete
  6. sijil takaful sihat saya sudah matang pada bulan februari baru2 ni..sy sudh terima surat dr takaful untuk setelkan surat2 yg didownload dari website takaful dan sudah dipos ke ibupejabat di KL..namun apa yang mendukacitakan saya ialah refund yang saya terima tidak setimpal dengan 10 tahun punya bayaran bulanan...saya hanya terima suku daripada jumlah sepatutnya yg saya dapat...

    ReplyDelete
  7. Claim insurance kereta saya total lost juga di nafikan. Ternyata polisinya cover tp alasan tayar kereta botak digunakan. Pelbagai alasan dikemukakan dan rayuan saya ditolak bulat2. Kemudian kalu ikut procedur FMB (FINANCE MEDIATION BUREAU) yg berpengkalan di building yg sama dgn takaful malaysia akan ambik alih kunun2 sbg pengantara. Pelbagai helah n surat dihantar mengharapkan supaya kita tak dpt jawab atau bosan nk jawab. Setelah setahun 4 bulan saya push n follow up akhirnya dia hntr surat setuju takaful tak pyh byr. Sekarang saya tgh fikir nk naik court dan nk publish perangai takaful ni beserta sekutunya FMB pada akhbar n majalah. Apa pendapat anda dan malalah mana plg sesuai?

    ReplyDelete
  8. Claim insuran kereta total lost saya juga ditolak dgn alasan tayar botak. Ayuh masukkan dia ni dlm mahkamah dan majalah. Agak2 apa majalah yg sesuai?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...