terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 17, 2010

Antara anak sendiri dan orang luar

MERUJUK kepada keluhan Kakitangan Teraniaya dalam ruangan Forum ini bertarikh 16 Mac 2010 yang diberi kata dua oleh pengurus restoran tempat beliau bekerja, amat menyentuh perasaan saya sebagai seorang warga yang pernah bergadai nyawa untuk negara.

Dulu kami para perajurit berjuang mempertahankan negara daripada ancaman luar demi kedaulatan bumi bertuah Malaysia ini. Dan kini, warga generasi muda yang berjawatan tinggi (tapi rendah dari segi nilai moral) dengan mudah mempertahankan warga asing dan membunuh semangat anak watan.

Pihak kerajaan perlu bertindak cepat. Beri kata dua kepada mereka ini dan utamakan warga tempatan.

Inilah masanya pendapatan warga tempatan bagi semua sektor pekerjaan diselaraskan dan diwajibkan bagi satu jumlah yang difikir berpatutan hanya untuk warga Malaysia.

Kuota pekerja tempatan dan pekerja asing bagi semua sektor harus diselaraskan kepada 80/20. Ini mesti dipatuhi dan jika kuota ini tidak dipersetujui, jangan diberi lesen beroperasi.

Monopoli ke atas sesuatu perniagaan adalah penyebab pengusaha berani melawan arahan kerajaan. Dan ada di kalangan kakitangan kerajaan yang dirasuah menyebabkan mereka ini lebih berkuasa.

Saya cadangkan semua warga Alamanda Putrajaya memboikot premis makanan segera itu dan tidak bersekongkol dengan pengurus yang mengagung-agungkan warga luar dari warga tempatan.

Pihak berkuasa seharusnya menyiasat semua premis peniagaan makanan segera khasnya dan lain-lain perniagaan umumnya bagi memastikan semua warga asing yang bekerja mempunyai permit dan pasport yang sah.

Pihak berkuasa juga harus menjenguk premis-premis perniagaan promosi yang berleluasa di sekitar pejabat di Putrajaya, kerana kebanyakan pekerja mereka adalah warga Indonesia yang tiada permit kerja.

Semoga Kakitangan Teraniaya tabah dan berjaya di tempat lain. Kepada pengurus wanita yang di maksudkan, anda harus merasa malu dan meletak jawatan kerana anda lebih mementing kera dari anak sendiri.

MEZA

Taman Keramat Permai

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...