terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 3, 2010

Batalkan lesen pemandu teksi tidak guna meter

LANGKAH demi langkah, tindakan dan arahan telah dilaksanakan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sehingga Pengerusi LPKP sendiri telah ditipu, dikenakan bayaran tanpa guna meter. Tetapi pemandu teksi tetap berdegil tidak mahu guna meter dan ambil jalan mudah untuk cepat dapat wang.

Pemandu teksi adalah orang yang pertama ditemui pelancong yang masuk ke negara ini. Tidak dapat dinafikan pemandu teksi, pemandu bas ekspres dan pemandu lori adalah satu golongan orang yang hampir sama iaitu rakyat tempatan yang diberi lesen oleh LPKP dan suka nak cepat dapat wang.

Tetapi mereka lupa pekerjaan ini memerlukan perilaku yang beretika sekiranya mereka tidak mahu diambil tindakan tegas dan hilang pekerjaan, serta boleh menyebabkan musibah ke atas diri mereka.

Ingin saya ingatkan, kategori pekerjaan ini tidak akan boleh kaya dan dapat wang cepat. Tetapi kalau rajin dan jujur mereka boleh hidup senang menyara keluarga mereka yang tercinta. Ini kerana wang yang dikumpul daripada penumpang adalah wang halal yang tidak disumpah seranah oleh penumpang mahupun pelancong akibat mengenakan tambang tanpa guna meter.

LPKP kena belajar daripada negara jiran bagaimana pemandu teksi amat disenangi oleh pelancong-pelancong, malah penumpang tempatan. Saya tidak mahu beri contoh negara maju kerana mereka memang lebih beretika dan jujur. Saya nak beri contoh teksi di bandar raya Jakarta, Indonesia iaitu negara yang rendah pendapatan per kapita penduduknya.

Sebagai contoh, teksi Bluebird bukan saja kereta mereka lebih baik, cantik dan bersih, malah pemandu mereka memang beretika. Mungkin mereka takut dengan ketegasan pihak penguat kuasa. Sebagai contoh, sekiranya didapati ada pemandu teksi yang tidak guna meter pemandu ini terus dibatalkan lesennya dan mereka akan hilang pekerjaan.

Tetapi di negara kita tindakan pihak LPKP tidak tegas kerana takut kalau ambil tindakan bimbang jadi tidak popular. Namun tidak ada satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya amat bosan didedahkan dengan berita-berita yang tanpa noktah ini. Saya amat malu apabila pelancong menggredkan pemandu teksi Malaysia cekik darah dan penipu kerana 80 peratus pemandu teksi adalah orang Islam.

Kita renungkan bersama, di waktu kita sedang memperingati Maulidur Rasul dan ingin mencontohi perilaku Nabi Muhammad SAW, tetapi kita didedahkan dengan sikap umatnya yang tidak jujur, menipu, tidak tegas dan lemah. Semoga Allah SWT lindungi rakyat Malaysia. Amin.


Setapak, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...