terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 29, 2010

Contohi budaya niaga warga asing


DI LEMBAH Klang dan kawasan lain, kita boleh lihat ramai warga asing berniaga. Orang Melayu mula terpinggir dalam perniagaan kedai runcit dan beberapa perniagaan lain. Di pekan dan di kampung, peniaga kedai runcit ialah warga asing terutama Indonesia. Mereka mampu menyewa tapak dan membina kedai di tanah orang tempatan.

Mereka juga menyewa ruang kecil untuk menjual ubat tradisional dan turut menguasai gerai makan dengan menjual nasi campur, mi goreng atau bakso.

Orang Thailand terutama Pattani juga ramai berniaga restoran makanan Thai di seluruh negara. Di bandar, orang India sudah lama menguasai restoran besar yang berjaya menarik pengunjung 24 jam. Di tapak pembinaan, warga asing turut menjaja kuih-muih dan minuman menggunakan motosikal. Kita bimbang sedikit masa lagi pelbagai perniagaan lain yang selama ini dikuasai orang tempatan diambil alih orang asing.
Dalam soal ini, kita harus melihat budaya dan kaedah kerja orang asing sehingga kita semakin terpinggir. Di samping itu, kelemahan atau kekurangan kita dalam bidang perniagaan mesti diambil kira untuk mencari punca bidang ini semakin tidak mendapat tempat di hati orang kita.

Pertama, warga asing yang berniaga mempunyai rangkaian sesama mereka yang mampu memenuhkan premis perniagaan mereka dengan cepat.

Kedua, selain sokongan belian daripada sesama warga asing, orang tempatan juga bergantung kepada kedai runcit mereka kerana harga yang ditawarkan lebih murah.
Ketiga, sikap orang kita yang hanya suka menerima wang dengan cara mudah iaitu menyewakan premis kepada orang asing membuatkan mereka makin banyak di sesetengah tempat.
Keempat, sikap cepat mengaku kalah orang tempatan dalam bidang perniagaan membuatkan bidang yang diterokai hanya hidup separuh jalan. Kelemahan menarik pelanggan menjadikan perniagaan hidup segan mati tak mahu.

Oleh demikian, kita mesti mengubah sikap dalam bidang perniagaan. Contohi budaya kerja orang asing mencari rezeki di negara kita.

Contohi sikap kerjasama mereka sehingga mampu bertapak dan mencari rezeki yang halal di negara kita.

Kesepakatan terutama dalam soal modal menjadikan mereka berjaya dalam perniagaan. Keberanian meneroka bidang yang mencabar ada dalam diri mereka.
Penduduk tempatan mempunyai pelbagai koperasi dan skim pinjaman yang membolehkan kita menjalankan perniagaan.

Selepas berjaya memperoleh pinjaman, kita mesti bertanggungjawab menjalankan perniagaan, memastikan perniagaan maju supaya kita mampu membayar kembali wang yang dipinjam.

M JASNI MAJED,
Bukit Kapar, Selangor

2 comments:

  1. woooooooowwww....kalau macam ni mau xckup modal nak bersaing dengan peniaga asing pak lebai pun cabut sarban....tengok la pakaian...hari-hari beli pun x kisah.....ha ha...

    ReplyDelete
  2. saya bukak kedai runcit kat Meru :-)

    tak jauh la kita ya

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...