terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 17, 2010

Gaji RM450 memang tidak masuk akal

SAYA agak terkejut membaca luahan hati Kakitangan Teraniaya, Restoran XXXXXX Alamanda, Putrajaya di ruangan ini.

Macam tak percaya apa yang sedang berlaku kepada anak-anak muda rakyat negara ini. Yang mahu bekerja, diberi gaji murah. Apabila mereka meninggalkan kerja, kerajaan dan majikan buat kenyataan anak-anak muda negara ini memilih kerja.

Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ialah memberikan kebenaran kepada majikan untuk mengimport pekerja murahan dan mengetepikan anak-anak muda yang mahu bekerja.

Gaji RM450 ini adalah sama dengan gaji saya sewaktu mula-mula bekerja di Kuala Lumpur pada awal tahun 1980. Selepas 30 tahun, gaji sebanyak itu masih lagi diberikan oleh majikan memang tidak masuk akal.

Hendak bayar tambang bas pun tak cukup, inikan pula nak uruskan diri terutama di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Saya menyeru kepada Ahli Parlimen yang sedang bersidang waktu ini membangkitkan perkara ini di Parlimen supaya pihak kerajaan dapat mengambil sesuatu tindakan ke atas majikan-majikan yang dengan sengaja memberikan gaji murah kepada anak tempatan. Janganlah asyik cakap pasal politik saja.

Marilah membantu anak-anak muda untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negara, jangan serahkan hak-hak mereka kepada pendatang asing yang semakin ramai.

ANAK SELUANG

Kulim

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...