terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 9, 2010

Gemuk, busuk punca cerai


Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.

''Masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk dan pelbagai lagi kekurangan dari segi fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerima.

"Peratus penceraian di Malaysia mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami dan isteri yang tidak diselesaikan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Wanita Sempurna anjuran Brandout sebuah syarikat perunding imej di sini hari ini.

Murugiah memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan kes-kes penceraian ialah dengan mengadakan kursus-kursus menjadi wanita atau lelaki sempurna dengan mementingkan penjagaan kesihatan diri.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...