terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 8, 2010

Golongan pertengahan terus diabai


SURAT Nurul Addin bertajuk 'Hak gaji tinggi, ramai anak dinafi' yang disiarkan ruangan ini 4 Mac lalu, sangat menarik. Apa yang ditulis Nurul Addin tepat dan sudah lama dipandang sepi pihak tertentu.

Walaupun sesetengah isu sudah diatasi seperti skim pinjaman buku teks, terbaru iaitu isu bayaran makan asrama amat menekankan. Seperti Nurul, saya juga mempunyai enam anak yang masih belajar � dua di institusi Pengajian Tinggi (IPT) swasta, seorang di IPT awam, dua di sekolah berasrama penuh dan seorang di sekolah rendah.

Sudahlah anak di IPT dinafikan hak untuk mendapat pinjaman penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak di sekolah berasrama penuh (SBP) pula dikenakan bayaran tambahan RM180 seorang dan yuran makan tiga kali ganda daripada pelajar lain.

Ini bermakna ibu bapa terpaksa mengikat perut menabung untuk membayar yuran pengajian pada awal semester. Belum sempat menambah tabungan, semester baru sudah bermula.

Dalam keadaan ekonomi seperti hari ini, nasib golongan berpendapatan sederhana seperti kami sering dipandang sepi oleh pihak berkuasa. Seperti kata Nurul, di atas kertas memang pendapatan kami nampak tinggi, namun hakikatnya hidup kami anak beranak sudah nyawa-nyawa ikan.

Anak yang masih belajar mengadu betapa hidup mereka di IPT jauh lebih sukar berbanding rakan lain yang ibu bapa mereka tidak mengisytihar pendapatan sebenar. Ibu bapa menghadiahkan kereta mewah dan PTPTN juga penuh.

Walhal anak kami menelan air liur melihat semua ini. 'Sabarlah nak'. Itulah saja yang boleh kami katakan kepada anak kerana ayah dan emak sudah membayar cukai pendapatan dan memperoleh ijazah dengan ke air mata tanpa PTPTN.

Adalah menjadi harapan pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh membantu anak kami yang masih jauh perjalanan dan mendapat hak mereka yang sepatutnya.

BAHARON HASHIM,
Labu Besar, Kedah.


1 comment:

  1. sebab tu la kita kata kerajaan tak pandai mengurus..bila kita kata macam itu,diorang lata kita ni sombong lah..tak sedar dirilah..semua peraka diungkit..dah tu kata kita ni pembangkang...tapi kita lihat dengan teliti..cita2 BN dalam pentadbirang begitu tinggi hingga golongan pertengahan semakin susah...hmm

    GOMEN Should do what the people CAN DO

    no the people who have do what the gomen CAN DO

    get it.?? wahahaha

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...