terima kasih buat kalian semua..

Thursday, March 4, 2010

Hak gaji tinggi, ramai anak dinafi


SAYA menulis kerana ingin meluahkan rasa hati sebagai golongan dikatakan berpengetahuan tinggi. Saya dan pasangan memperoleh pendapatan lebih kurang RM6,000 sebulan. Pendapatan ini kami peroleh bukan dengan mudah. Kami hanya bermula sebagai lepasan sijil dan sedikit demi sedikit mengumpul duit kemudian melanjutkan pelajaran secara persendirian tanpa bantuan sesiapa.

Selepas bersusah payah, berkorban dan berbekalkan tekad serta kegigihan, kami kini bergelar siswazah. Keluarga kami juga besar yang terdiri daripada enam anak selain turut menjaga ibu bapa. Kami juga berusaha menyediakan insurans pendidikan untuk anak supaya mereka tidak bergantung kepada bantuan kerajaan pada masa depan.

Namun, saya rasa sangat kecewa apabila berasa terhukum kerana berada dalam golongan dikatakan berpendapatan tinggi. Baru-baru ini, dua daripada lima anak saya mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama.

Apabila dilihat kepada bayaran makanan, ternyata kami harus membayar tiga kali ganda daripada apa dibayar orang berpendapatan kurang RM5,000. Benar kami berpendapatan lebih RM5,000, tetapi kami mempunyai tanggungan besar. Lima anak kami bersekolah dan tiga daripadanya di sekolah menengah. Kami juga membayar cukai setiap tahun. Semua ini tidak diambil kira.

Orang yang berpendapatan kurang RM5,000 membayar kurang berbanding kami, malah mereka yang berpendapatan rendah mendapat segala bantuan. Saya tidak dengki kepada mereka, tetapi mengapakah orang yang berpendapatan seperti kami dihukum?

Sebenarnya siapakah yang lebih banyak tanggungan? Mereka yang mempunyai anak seorang, tetapi mendapat pendapatan kurang RM5,000 atau golongan seperti kami yang mempunyai pendapatan dikatakan tinggi, tetapi tiada sebarang bantuan untuk anak kami, malah 'didenda' pula untuk membayar lebih. Akhirnya kami tidak menghantar seorang pun anak kami kerana tidak mampu sebenarnya. Seharusnya bilangan tanggungan harus diambil kira bukan hanya angka pendapatan di atas kertas.

NURUL ADDIN,
Cheras, Kuala Lumpur.


5 comments:

  1. contoh orang berpendapatan tinggi seperti PM,TPM dan menteri kabinet

    ReplyDelete
  2. mcm tulah sistem kt tanah air kita ni...bukan hanya dlm pendidikan shj bahkan in all sector tunggang langgang..
    cuba kita kaji menteri2 yg membuat sume dasar n perancangan..semuanyer hampehh...
    mereka mentadbir negara mcm melepas batuk ditangga..tk dk effort at all!!

    ReplyDelete
  3. Kes ni bukan baru.Sama jugak kes orang miskin berpendapatan bawah seribu ringgit tapi anak gaji beribu-ribu sorang.Adilke mak cik tu dpt bantuan?Tentu tak adil pasal anak2 dah cukup utk bagi bantuan.Jadi yg gaji 1001 ringgit xdapat bantuan walaupun anak sekor2 xjadi(jadi mat rempit,kaki tidor dan sebagainya).Saya tak nampak menteri tidak buat kerja tapi pegawai kerajaan yg hampeh.Dasar dibuat berdasarkan laporan pegawai2 kerajan.Kalau laporan tak betul macam mane dasar itu akan jd betul.Penjawat Awam malaysia ni lebih kuah daripada sudu.Pegawai semua hidung tinggi.

    ReplyDelete
  4. ada jgk org gila serupo nurul ni....
    mu jadi tok wakil PR la kl nak kaya gak...xsah duk pelawok la kl tok wakil PR ni xdok duit...

    org kl jenis x reti nak syukur payah r..otak mu kl jenis mikir gni mmg xsudah pah mapus r...

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan artikel ini.Saya sendiri mempunyai rami anak.10 orang.Seorang di IPTA,8 lagi disekolah Menengah dan seoran gi diTadika.Gaji saya RM5500/=/Habis bulan habis gaji.Tiada simpanan.Kereta hanya kereta buruk Proton Iswara.Tidak pernah pergi bercuti satu keluarga dpusat pusat peranginan dlam atua luar negara kecualli disponsor.Wanga habis utk keperluan makanan dan persekolahan anak.Hutang semakin bertambah.

    Bila kita mengeluh ramailah mengutuk dan mengatakan "pasal apa beranak banyak banyak"?? Mereka berpendapat seolah olah beranak ramai ni hanya bebanan kepada negara,

    Memang polisi Kerajaan UMNO ni tidka mengambil peduli kepada golongan yang rami anak.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...