terima kasih buat kalian semua..

Thursday, March 18, 2010

Harga Hotel kena adil

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara tidak mengenakan bayaran bilik yang terlalu murah kerana ia boleh menurunkan nilai pasaran.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga perlu bagi memastikan tahap prestij hotel-hotel di Malaysia sentiasa terpelihara sekali gus boleh menjadi daya tarikan untuk pelancong khususnya kategori mewah.

Beliau berkata, berdasarkan senarai hotel terkini, harga hotel lima bintang di Malaysia adalah paling murah berbanding negara lain di rantau ini.

"Saya yakin jika hotel lima bintang kita mengenakan harga yang lebih kompetitif ia boleh mendatangkan lebih keuntungan dalam industri perhotelan.

"Saya sengaja memberi penekanan tentang perkara ini kerana mahu industri perhotelan kita benar-benar memberi impak kepada industri pelancongan negara. Sudah tiba masanya kita membuat perubahan ini ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hotel Royale Chulan di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Royale Chulan merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang milik LTAT dan ia diuruskan oleh Boustead Holdings Berhad menerusi Boustead & Resorts Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kumpulan pelancong mewah sebenarnya 'tidak kisah' tentang harga kerana paling penting adalah mutu perkhidmatan.

"Kita perlu menyasar kategori pelancong seperti ini dalam usaha mempelbagaikan segmen pelancong yang datang ke Malaysia. Mereka tidak kisah untuk berbelanja kerana mereka mampu ," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah pelancong asing yang mengunjungi Malaysia pada tahun ini amat memberansangkan apabila angka yang dicatatkan pada Januari baru-baru ini meningkat 1.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Secara keseluruhan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun lalu adalah sebanyak 23.6 juta orang dan kita jangka jumlahnya akan meningkat pada tahun ini berdasarkan trend kedatangan pelancong setakat ini.

"Apa yang penting masing-masing perlu memainkan peranan supaya jumlah kedatangan pelancong dapat ditingkatkan iaitu daripada pemandu teksi hinggalah pihak kerajaan," katanya lagi

- pandangan SH, untuk warganegara kena ada rate lain la..rakyat bukan tak nak bercuti tapi tak mampu..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...