terima kasih buat kalian semua..

Sunday, March 28, 2010

Hindari hal syubahah elak terjerumus perkara haram

KITA sekali lagi berdepan masalah halal sesebuah restoran seperti yang berlaku baru-baru ini. Akibatnya, saya sering berasa ragu-ragu atau was-was mengenai makanan dan kebersihan restoran. Ada rakan mengaitkan masalah ini sebagai syubahah. Bolehkan ustaz jelaskan mengenai syubahah ini.

Mohd Ali Tanjung Malim, Perak

DALAM Kitab Riadus Solihiin, Imam an-Nawawi ada meletakkan suatu bab yang bertajuk warak dan meninggalkan syubahah. Antara hadis yang terkandung dalam bab ini ialah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada an-Nu’man bin Basyir r.a, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, sedangkan di antara halal dan haram itu ada hal syubahah (samar-samar dan meragukan) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barang siapa yang berhati-hati daripada hal yang syubahah itu, maka terjagalah agama dan kehormatannya. “Dan barang siapa terjerumus ke dalam hal-hal syubahah, maka bererti ia terjerumus ke dalam hal yang haram. Ingatlah di dalam tubuh ada segumpal daging, bila segumpal daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh. Dan bila segumpal daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis berkenaan jelas melarang kita mendekati perkara syubahah seperti daripada al-Hasan bin Ali, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:

“Tinggalkan apa yang kamu ragui dan kerjakan apa yang tidak kamu ragui.” (Riwayat al-Tirmizi)

Orang yang dapat menahan dirinya daripada mengambil benda syubahah disebut sebagai warak.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...