terima kasih buat kalian semua..

Sunday, March 28, 2010

Islam benar berhutang untuk kahwin

APAKAH hukumnya lelaki yang terpaksa berhutang bagi menanggung bayaran wang hantaran. Bagaimana pula hukumnya jika lelaki menyarungkan cincin tunang pada majlis pertunangan, malah majlis pertunangan itu dibuat meriah, lengkap dengan pelamin seperti majlis perkahwinan.

Ameera Ampang

HUTANG hukumnya harus. Islam meletakkan peraturan untuk kemaslahatan. Keharusan berhutang ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”. (Surah al-Baqarah ayat 282)
Menurut Ibn Kathir, ini adalah nasihat dan bimbingan Allah SWT bagi hamba-Nya yang beriman, jika mereka melakukan muamalah secara tidak tunai, hendaklah mereka menulisnya supaya dapat menjaga jumlah dan batas waktu muamalah, serta lebih menguatkan bagi saksi.

Apabila kita mempunyai kemampuan untuk membayar kembali, janganlah kita menangguh seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Menangguhkan orang yang mampu adalah suatu penganiayaan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi soalan kedua, mengadakan majlis pertunangan adalah harus tetapi perlu menjaga adab supaya tidak terjerumus kepada perkara haram. Antaranya, tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan, tidak berlaku pembaziran dan seumpamanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhan-Nya.” (Surah al-Israk ayat 27)
Sesungguhnya pesanan dalam Al-quran dan Hadis berfaedah sekiranya iman dan takwa ada dalam diri seseorang. Wallahualam.

Allah SWT memperingatkan hal itu pada akhir ayat iaitu firman-Nya yang bermaksud: “Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan keraguanmu)."

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...