terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 16, 2010

‘Jika tidak mahu gaji RM450, Bangladesh mahu...’

SAYA adalah lepasan sekolah menengah dan merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Nasib saya baik apabila saya diterima menjadi krew di kedai makanan segera di Alamanda, Putrajaya. Saya ditawarkan gaji RM4.50 sejam dan kami bekerja 8 jam dengan tambahan 4 jam lebih masa.

Sepanjang bekerja hampir 4 bulan ini, dapatlah saya merasa nikmat memegang gaji seribu lebih sebulan walaupun terpaksa memerah keringat. Saya berpendapat kalau orang Bangladesh boleh bekerja hampir 18 jam sehari, kenapa tidak saya?

Rupa-rupanya ‘murah rezeki’ saya tidak berpanjangan di restoran itu apabila seorang pengurus restoran wanita yang baru ditukarkan meminta kami bekerja 4 jam sehari dan bukan lagi 8 jam dan tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lebih masa.

Apabila kami bertanya kepadanya, jawapannya ialah arahan pihak pengurusan syarikat dan nak jimat belanja. Daripada gaji seribu lebih sebulan sekarang saya cuma mendapat gaji RM450 sahaja.

Saya pernah mengadu kepada pengurus restoran. Beliau berkata, jika warga Bangladesh boleh kerja dengan gaji RM450, mengapa tidak kamu? Kalau tidak cukup dengan gaji itu cari kerja lain. Hari ini awak berhenti, esok syarikat ambil Bangladesh kerja.

Apa yang ada gaji RM450 sebulan dan tinggal di Kuala Lumpur, kami seperti fakir miskin. Sungguhpun kami diberikan asrama dan makan percuma sewaktu bertugas oleh majikan, tetapi gaji sebanyak itu mana cukup untuk tinggal di Kuala Lumpur?

Sungguh malang nasib kami menjadi rakyat Malaysia. Kami diperlakukan sesuka hati oleh rakyat Malaysia sendiri.

Mungkin kami terpaksa berhenti kerja dan mencari kerja lain. Sudah pasti tempat kami tersebut akan diisi oleh pendatang asing terutama warga Bangladesh.

Saya berharap pihak restoran makanan segera itu dapat melihat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kami.

Bukan kami tidak mahu kerja, tetapi penindasan oleh majikan membuatkan kami terpaksa berhenti kerja walaupun kami meminati kerja ini.

Untuk makluman pembaca, restoran itu adalah yang tersibuk di Alamanda, kalau pun tidak yang paling sibuk di negara ini.

Kakitangan tidak menang tangan melayan pelanggan.

Kepada pihak kerajaan terutama Pejabat Buruh, sila lihat masalah kami ini.

Kami ditindas oleh syarikat tempatan dengan memberikan gaji murah.


Restoran XXXXXXX Alamanda
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...