terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 9, 2010

Kecewa bantuan JKM tak menentu

SEJAK akhir-akhir ini banyak perubahan dilakukan Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak mengenai bayaran bantuan kepada golongan termiskin yang menerima skim bantuan pada tahun 2010 ini. Antara perubahan ialah pada tarikh bayaran skim bantuan kepada penerima dan tarikhnya tidak menentu malah tidak tetap.

Maka kami penerima skim bantuan berasa kecewa dan keliru disebabkan perkara ini. Ada lagi perkara yang menyedihkan dan mengecewakan kepada golongan termiskin yang menerima skim bantuan ini.

Kalau hujung bulan kami membuat tuntutan wang bayaran, sia-sia saja wang belum dapat diterima. Ada kala bayarannya tak diterima sampai dua bulan. Hal ini amat menyusahkan kami kerana kalau hendak ke pasar (kawasan pejabat) untuk menuntut bayaran, kami memerlukan wang untuk tambang dan makan. Ini berlaku setiap bulan.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat harus memainkan peranannya sebagai jambatan untuk mewujudkan keadilan, seterusnya membela golongan miskin tegar dan warga emas serta golongan kurang upaya agar mereka tidak berasa tersisih dan dipermainkan.

Justeru, saya mohon budi baik kementerian berkaitan mengambil tindakan sewajarnya isu ini supaya tarikh pembayaran ditetapkan setiap bulan.

JUNIT NAYUN,

Bau, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...