terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 22, 2010

Kerajaan bazir RM1 bilion

Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.

“Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti.

“Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

“Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dengan slogan “Satu Sudu Sudah Cukup! Kurang Lebih Baik” di Jaya Jusco Metro Prima di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin.

Kempen selama enam bulan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Tiong Lai memberitahu, kempen mengurangkan pengambilan gula merupakan sebagai lanjutan kepada beberapa kempen lain yang dilaksanakan sebelum ini iaitu mempromosikan amalan pemakanan secara sihat.

Jelas beliau, inisiatif ini telah dilaksanakan sejak 1991 dengan penyampaian mesej utama ialah mengurangkan pengambilan gula serta ia diperkukuhkan lagi dengan Kempen Cara Hidup Sihat pada 1997.

“Kementerian dalam melaksanakan kempen ini juga telah meminta kerjasama daripada industri makanan dengan meminta mereka menghasilkan makanan yang kurang atau bebas gula.

“Saya meminta pihak industri dapat mengenakan harga yang lebih murah bagi makanan yang kurang atau bebas gula agar ia menjadi pilihan orang ramai,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar membaca label makanan untuk mengetahui kandungan gula dalam makanan tersebut dalam usaha mendidik diri mengamalkan pemakanan secara sihat.

Oleh HATA WAHARI

p/s: ntah macam tak kena pulak bila perkataan "MEMBAZIR" digunakan atas perkara berkaitan subsidi..duit rakyat dipulangkan pada rakyat kembali rasanya tidak salah..

1 comment:

  1. dia ni tak tau macam mana nak menggunakan perkataan membazir, aku bg cth yg betul

    "kerajaan membazir wang rakyat apabila IPP di wujudkan"

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...