terima kasih buat kalian semua..

Saturday, March 20, 2010

Mana tindakan LPKP

KERAJAAN telah menguatkuasakan peraturan mengenai pemberian diskaun tambang bas ekspres sebanyak 25 peratus kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak bawah 12 tahun sejak 1 Ogos 2009.

Saya ingin mempersoalkan sejauh mana penguatkuasaan peraturan itu dilaksanakan kepada pengusaha bas ekspres kerana saya sendiri dua kali menjadi mangsa.

Saya ada membeli tiket bas dari Kuala Lumpur ke Taiping di Puduraya untuk anak saya berusia dua tahun dan seorang adik ipar. Tetapi anak saya kena bayar tambang penuh seperti tambang dewasa.

Apabila ditanya tentang diskaun untuk kanak-kanak, penjual tiket dengan selamba berkata diskaun itu hanya untuk bas kerajaan sahaja yang merujuk kepada bas Transnasional dan Mara Liner.

Saya ingin bertanya sejauh mana kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk bertindak ke atas pengusaha bas ini kerana perkara itu terus berlarutan dan semakin ramai menjadi mangsa.


Seberang Jaya, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...