terima kasih buat kalian semua..

Friday, March 19, 2010

Peritnya hidup di Lombok


"Saya tak tahan lagi duduk di sana. Hidup memang susah, kerja tak ada. Makan pun ala kadar. Nak cari lauk ayam pun jarang sekali, hari-hari makan kangkung dan tempe."

Itulah keluhan Rosnah Abu Bakar, wanita dari Taman Sungai Dingin, Mahang, dekat sini yang berjaya dibawa balik selepas tiga tahun melarikan diri bersama kekasihnya ke Lombok.

Rosnah, 20, memberitahu, dia kesal kerana menyusahkan kedua-dua orang tua terutama bapanya, Abu Bakar Aziz, 45, yang banyak membantu termasuk menghantar duit hampir setiap bulan semasa dia berada di daerah Timur Indonesia itu.

Wanita itu kembali ke tanah air petang kelmarin bersama anaknya, Intan Perhana, 14 bulan, hasil usaha Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO bersama Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda Bahagian, Mustafa Kamal Shaikh Ismail.

Rosnah mengambil tindakan nekad melarikan diri bersama lelaki Lombok yang dikenali sebagai Suherman @ Suhardi, 30, pada Jun 2007 ketika berusia 17 tahun.

Ketika menceritakan pengalamannya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini, wanita itu memberitahu, keadaan hidup di rumah suaminya di Desa Tembeng Putik, Kecamatan Wanasaba, serba daif dan kekurangan kerana berada jauh di pedalaman.

Lebih memeritkan, kata Rosnah, tempat tinggalnya tidak jauh berbeza daripada rumah 'kongsi' pekerja asing yang dikongsi lebih 20 orang.

"Selain bapa mertua, ramai lagi sanak-saudara seperti abang ipar, kakak dan anak saudara duduk sekali," katanya.

Wanita itu berkata, keadaan juga menjadi lebih teruk apabila tidak lama selepas mereka berkahwin, suaminya telah keluar bekerja di tempat lain.

"Dia tinggalkan saya dengan anak di rumah dan datang semula bekerja di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, saya dijaga oleh bapa mertua yang sudah lanjut usia. Duit memang tak ada kerana suami jarang sekali mengirimnya," jelas Rosnah.

Dia memberitahu, akibat kesempitan hidup, daun pucuk ubi kayu dan kangkung dijadikan menu harian keluarga.

"Untuk merasai lauk lain seperti ikan dan ayam jauh sekali kerana kami tidak mampu menyediakannya disebabkan sukar memperolehi wang," katanya.

Rosnah berkata, dia dan anak hanya boleh menikmati makanan 'mewah' berupa ayam dan ikan apabila bapanya menghantar duit kira-kira RM300 sekali sekala.

Ketika ditanya tentang layanan yang diberikan keluarga suaminya, dia berkata, bapa mertua dan ahli keluarga lain sangat mengambil berat terhadap dirinya dan Intan Perhada.

"Mereka semua baik hati dan saya juga sayang mereka," katanya.

Mengenai Suherman, Rosnah memberitahu, suaminya itu kini bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di Johor dan sering berhubung dengannya melalui telefon.

"Saya masih cintakannya dan berharap kami dapat hidup bersama," katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, dia telah menghabiskan duit kira-kira RM6,500 untuk dihantar kepada Rosnah sepanjang tiga tahun berada di Lombok.

"Bayangkan dengan gaji sebagai mandur kira-kira RM300 dicampur dengan gaji isteri lagi RM300, kami sekeluarga kadangkala terpaksa ikat perut kerana hendak diambil sebahagian wang untuk hantar kepada Rosnah," katanya.

Namun katanya, dia kini memaafkan segala perbuatan yang dilakukan Rosnah kerana menganggap tindakannya mungkin disebabkan faktor usia belum matang.

"Saya juga sudi terima Suherman dengan syarat dia sanggup tinggal di sini dan tidak bawa pulang lagi Rosnah serta cucu ke Indonesia," tegasnya.

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

p/s: gambar hiasan gadis lombok

5 comments:

  1. Tu la..lentok leher bila kena ayat jejaka lombok..bila berdepan kenyataan..baru nak mengadu susah..masa lari x ingat mak bapak..cinta kononnnn...tu bodoh namanya...

    ReplyDelete
  2. tang gambar hiasan tu yang best tu

    ReplyDelete
  3. dalam isu ini aku rasa..
    Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO bersama Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda Bahagian, Mustafa Kamal Shaikh Ismail.

    yang salah sebab bawa lari bini orang.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. bro yang empunya blog. tolong sampaikan pesanan wa kat KEMENTERIAN SELUAR DALAM NEGERI...cukup-cukup la...ari tu terkejut TENGOK banyak ALIEN banyak kat town...apa? sebelum jadi KSDN ni tak pernah tau ke ALIEN memang banyak kat Malaysia nih?

    Kes minah Malaysia jadi bohsia kat lombok nih bukan baru beb... dah banyak kes...jadi...dok melalak kat Parlimen benda yang bodoh-bodoh...lebih baik bawa usul macam mana nak cegah ALIEN bukan-bukan ni masuk Malaysia.

    Adha betul brader empunya blog????????

    ReplyDelete
  5. hahah..betul sangat2..kita terlalu banyak sangat berpolitik dan merancang strategi politik sehingga keutamaan rakyat tersisih

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...