terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 15, 2010

Prosedur Pemilihan Guru Cemerlang didakwa tidak telus


SAYA ingin membangkitkan isu lantikan guru cemerlang tidak telus dan seterusnya menjadikan gelaran Guru Cemerlang adalah tidak menggambarkan kehendak sebenar Kementerian Pelajaran. Janganlah disebabkan ingin memenuhi kuota yang diperuntukkan maka pemilihan diadakan sambil lewa dan ia akan menjejaskan peluang guru lain.

Sebagai contoh, guru yang tidak menunjukkan kecemerlangan dari segi keputusan peperiksaan pelajar, tiada pembabitan ke peringkat antarabangsa, tiada penghasilan bahan penulisan seperti modul tetapi hanya lebih banyak menjalankan kerja yang bukan berkaitan dengan subjek serta bidang tugas dan hanya disokong oleh pengetua tanpa sebarang pemantauan layak dicalonkan sebagai Guru Cemerlang.

Jadi, apakah kriteria sebenar yang diperlukan oleh guru untuk memegang gelaran Guru Cemerlang?

GURU KELIRU,
Pahang

2 comments:

  1. Untuk pengetahuan pembaca semua, Pemilihan GC adalah berdasarkan permohonan oleh guru-guru sendiri dan bukan dipilih oleh pengetua sekolah. Selepas seseorang guru mengisi borang, pihak sekolah akan up surat tersebut kepada Jemaah Nazir negeri untuk diobserve. Penilaian pihak nazir akan menentukan sama ada seseorang guru itu layak dipromote kepada pihak kementerian. Seharusnya Guru Keliru berbincang terlebih dahulu dengan pihak pentadbir dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah guru-guru.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Saya setuju dengan pandangan Pak Anjang. Proses GC bukan mudah kerana saya sendiri telah melaluinya. Bila naziran datang, mereka akan melihat banyak aspek, dan kebiasaannya, mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilh. Saya sendiri telah 2 kali memohon tetapi kerana dokumentasi yang kurang kemas, tidak layak menerima lantikan GC. Berkenaan pencalonan, ia adalah terbuka kepada semua guru yang telah berkhidmat lebih 5 tahun, dan pihak sekolah biasanya akan menyokong permohonan itu. Berjaya atau tidak, bukan urusan pihak sekolah. Saya harap guru keliru dapatkan maklumat yang lebih tepat dan janganlah menembak dengan sembrono kerana akhirnya yang tercalit malu adalah kita sendiri, golongan pendidik. wassalam.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...