terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 22, 2010

Skim cepat kaya di internet kembali bermaharajalela cari mangsa

SKIM cepat kaya kembali berleluasa terutama melalui internet. Penganjur program dan ahli terbabit amat licik mempengaruhi rakyat seperti menggunakan istilah perniagaan internet atau e-Commerce.

Padahal itu hanya umpan dan tiada perniagaan dilakukan.

Hakikatnya, mereka menyalahgunakan istilah itu dengan menawarkan program tanpa produk untuk dijual beli dan ia sekadar ‘bayar duit dapat duit’. Perniagaan internet sebenar memerlukan kita mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual beli.

Inilah konsep asas perniagaan sebenar dan bukan seperti skim cepat kaya yang mendapat duit melalui duit orang lain.

Tanpa kemasukan ahli baru, skim cepat kaya tidak dapat bertahan lama. Berbeza dengan perniagaan sebenar yang daya tahannya lebih lama selagi ada pembeli.
Semoga rakyat tidak mudah tertipu dengan pihak yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan.
Selidiki dan rujuk pihak berpengalaman untuk mengesahkan sesuatu peluang perniagaan.

Perniagaan melalui internet memerlukan ilmu, kemahiran, usaha dan masa. Sesuatu tidak dinamakan perniagaan jika hanya melabur sejumlah duit dan kemudian mendapat duit tanpa sebarang usaha. Jangan mudah tertipu.

MOHD ZULFADLI,
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...