terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, April 6, 2010

Bagaimana bola sepak Malaysia hendak maju?

BANYAK yang telah diperkatakan tentang bola sepak tanah air, antara sukan yang amat diminati di negara yang amat kita cintai ini.

Daripada mencari formula bagaimana hendak meningkatkan mutu permainan, sehinggalah kepada menghantar pasukan bola sepak negara bermain di luar negara semata-mata hendak merealisasikan impian agar suatu hari nanti, pasukan bola sepak Malaysia akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah atau setaraf dengan pasukan bola sepak negara-negara yang berjaya di dalam sukan ini.

Namun, bukan itu yang ingin saya perkatakan di sini. Melihat aksi pasukan bola sepak yang bertanding di dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2010 yang disiarkan secara langsung di TV baru-baru ini, saya benar-benar kecewa.

Bukan kerana mutu permainan yang rendah atau tidak memuaskan, akan tetapi sikap dan mentaliti pemain-pemain bola sepak itu sendiri.

Jika beginilah sikap dan mentaliti pemain-pemain yang ada, hantarlah ke mana saja, atau letaklah siapapun jurulatih, bola sepak negara kita tidak akan ke mana-mana.

Lihat saja aksi pemain sebuah pasukan yang dikenakan kad merah dalam perlawanan tersebut. Begitulah sikap dan mentaliti kebanyakan pemain bola sepak di Malaysia, baik di peringkat kelab, negeri mahupun negara.

Oleh kerana mereka ini, kesemua pemain yang beraksi akan merasakan bahangnya. Mungkin selepas insiden tersebut, pemain itu dengan rasa bangganya akan memohon maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan. Bagi saya, pemain tersebut harus menukar profesyennya daripada seorang pemain bola sepak kepada pemain bola tampar!

Justeru, tidak hairanlah mengapa orang ramai lebih membicarakan tentang pasukan Manchester United, Chelsea, Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich. Renung-renungkan, apa yang saya perkatakan tentang bola sepak di Malaysia, negara yang amat saya kasihi ini.

GOLONGAN MARHAIN

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...