terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 23, 2010

Cegah budaya biar anak naik motosikal tanpa lesen

SEKARANG banyak kanak-kanak bawah umur tanpa lesen motosikal menggunakannya dengan bebas tanpa tindakan undang-undang tegas pihak polis trafik. Budaya ini patut dicegah dengan tegas kerana inilah salah satu punca berlaku masalah mat rempit.

Sejak kecil kanak-kanak sudah terdedah menggunakan motosikal seperti koboi yakni tanpa kemahiran dan pengetahuan undang-undang yang akhirnya membawa bahaya bukan saja kepada diri sendiri malah orang ramai.

Kerana ingin menunjuk handal pada orang ramai terutama kawan-kawan akhirnya mereka sendiri yang kemalangan. Taman perumahan dan juga kampung sudah meluas dengan budaya pengguna motosikal tanpa lesen dan bawah umur. Ibu bapa yang membiarkan kunci motosikal mereka diambil untuk diguna oleh anak-anak bawah umur ini patut didenda, kerana jika negara kita asyik memikirkan soal bagaimana nak tegakkan undang-undang pada kanak-kanak bawah umur, maka alasan seperti ini tidak boleh diterima.

Ibu bapa atau penjaga yang abai tanggungjawab patut didenda berat kerana menyebabkan budaya bahaya ini meluas.

MANGSA PENUNGGANG BAWAH UMUR,
Seremban

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...