terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 16, 2010

Ikut cara negara maju

HANYA kerana pelanggan bawah umur menghantar 'On Turbo' atau 'On Game' sekali, bayaran RM3 dikenakan tanpa henti untuk setiap SMS selanjutnya.

Jika dilihat kepada aturan yang diguna pakai dalam aplikasi di negara maju (Jepun & Amerika), sekurang-kurangnya tiga kali kepastian/pengesahan diperlukan untuk mengaktifkan sesuatu perkhidmatan.

Secara mudahnya:

  • Pengguna 'Setuju' untuk melanggan, mungkin dalam kes ini, hantar SMS 'On Game'.
  • Pengguna 'Pastikan' kelayakan diri, mungkin hantar SMS 'Umur lebih 18 tahun' atau 'Telah mendapat kelulusan ibu bapa'.
  • Pengguna 'Pastikan' persetujuan untuk kesemua syarat dan peraturan.
  • Perkara kedua mengapa pelanggan komersial 33138 dan 33311 (atau lain-lain nombor 3XXXX) dibenarkan menghantar iklan SMS mereka terus kepada pengguna. Jika benar Celcom (dan pembekal lain) menjaga data peribadi, pelanggan komersial sepatutnya hanya boleh menghantar SMS setelah pelanggan 'Setuju' dihantar.

    Mereka perlu mengiklankan produk mereka menggunakan media lain, bukan secara terus melalui telefon pengguna.

    WASSALAM

    Bapa ada 3 anak bawah umur

    No comments:

    Post a Comment

    Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...