terima kasih buat kalian semua..

Monday, April 5, 2010

Kebajikan sekolah pedalaman dipinggir

BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kerajaan akan membina empat sekolah baru di Hulu Selangor. Sebagai guru saya gembira dan menyambut baik cadangan itu kerana manfaatnya akan dinikmati rakyat.

Namun, saya sedih dan kecewa kerana ada saja pembangunan baru terutama menjelang pilihan raya diumumkan kerajaan di Semenanjung, bukan di Sarawak.

Saya sebagai guru dari Semenanjung yang enam tahun berkhidmat di Sarawak sedih dengan layanan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dalam memperjuangkan kebajikan murid dan guru di pedalaman negeri ini.

Lihat artikel disiarkan Berita Harian pada 3 April lalu mengenai guru di Hulu Baram yang tiga tahun tidur di bawah bilik darjah. Sudahlah peruntukan kewangan untuk sekolah dikurangkan, kemudahan sedia ada pula sangat menyedihkan.

Peralatan seperti komputer dan projektor LCD tidak diselenggara dengan baik. Penyelenggara datang pun hanya untuk menyapu habuk. Harap kerajaan adil kepada semua pihak.

MUALIM,
Sarawak

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...