terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 30, 2010

Kecewa restoran kegemaran letak lauk sikit

SEBAGAI pelanggan biasa membeli nasi ayam serta pelbagai jenis sup di sebuah restoran di Damansara Damai, saya amatlah kecewa dengan saiz makanan dan lauk-pauk yang disajikan. Beberapa kali saya dengan ikhlasnya menegur saiz lauk-pauk yang kecil dan minimum dan langsung tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Semalam saya telah membeli nasi ayam serta sup perut. Saiz ayam yang telah dipotong yang dibungkus dengan plastik amatlah kecil, jika dibandingkan dengan kuah sup itu. Saiz dan bilangan potongan perut yang telah disajikan juga amatlah menggelikan hati.

Inikah sikap usahawan francais Melayu? Di manakah piawaian francais yang telah ditetapkan oleh franchisor? Adakah perniagaan francais ini hanya bak melepaskan batuk di tangga? Kalau dilihat beberapa papan iklan besar dipaparkan Ani Sop Utara. Adakah usahawan Melayu gagal menguruskan kecemerlangan perniagaan?

Kalaulah peringkat ini pun kita gagal uruskan perniagaan; bagaimanakah kita ini berbincang mengenai globalisasi?

DARAH MAT KILAU

Damansara

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...