terima kasih buat kalian semua..

Thursday, April 15, 2010

Kes bapa 'rosakkan' anak kian berleluasa

KEBELAKANGAN ini negara digemparkan dengan pelbagai berita membabitkan isu sosial. Bercakap mengenai isu sosial, kita pasti tidak dapat lari daripada merujuk kepada ibu bapa sebagai tonggak utama bagi membanteras isu ini.

Tetapi pada hari ini, ada pelbagai kes yang memperlihatkan kelakuan bapa yang di luar jangkaan malah melangkaui batas pemikiran.

Sebagai contoh, merujuk kepada laporan akhbar ini 7 April lalu bertajuk ‘Remaja jadi hamba seks bapa 6 tahun’ memperlihatkan bahawa seorang manusia yang sepatutnya melahirkan warisan bangsa sebaliknya memusnahkan masa depan darah daging mereka sendiri.

Di manakah silapnya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Pelbagai majlis ilmu dan motivasi kerap meuar-uarkan bahawa ibu bapa adalah pemangkin utama bagi memastikan anak mereka mempunyai akhlak dan budi pekerti baik.

Tetapi dalam konteks ini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan mendidik anak-anak ini sekiranya pencabulan dan titik permulaan kehancuran akhlak anak-anak ini bermula daripada bapa mereka sendiri?

ZAHARATUL MARDHIAH AZIZUL,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam

1 comment:

  1. Tuan, pandangan saya segala kerenah ini terjadi apabila pasangan yang bernikah ini tidak berhijrah 100% kedalam alam berumah tangga,tidak menghormati diantara satu sama lain.maka terjadilah sak wasangka diantara satu sama lain.timbulah genjala yang dipaparkan ini ,salah satu saja-banyak lagi agenda lainya.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...