terima kasih buat kalian semua..

Sunday, April 25, 2010

Lelaki mesti dididik

Buat Putri dan juga pembaca, sebagai seorang lelaki yang tidak pernah terlepas daripada mengikuti ruangan ini saya turut terpanggil untuk memberikan pendapat berkaitan apa yang diperkatakan oleh Puan Siti dari Alor Setar bagi pihak lelaki. Bukan membidas tiap hujan yang dilontarkan, kerana yang salah tetap salah dan yang benar akan sentiasa menjadi benar. Hanya sekadar berkongsi pendapat dari sudut pandang seorang Arjuna seperti saya.

Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu tahu punca dan akibat akan sesuatu itu. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita harus bijak menggunakannya sebaik mungkin. Dalam hal seperti ini kita harus menyalahkan diri kita sendiri. Tidak sesekali saya menyalahkan golongan remaja. Kesalahan itu perlu digalas bersama oleh orang tua mereka. Jangan salahkan anak gadis remaja andai mudah terpedaya dengan pujuk rayu teman lelaki mereka. Mungkin ada ibu bapa yang memberikan didikan agama yang cukup untuk anak gadis mereka, namun mengapa masih berlaku jketerlanjuran. Mengapa masih juga berlaku anak yang menconteng arang?. Jadi jangan salahkan 'lelaki' sepenuhnya.

Berpegang pada sabda Nabi Muhammad SAW apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman'. Dr Rubiah K.Hamzah juga pernah memberikan pendapat dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini 'Allah telah mengurniakan sifat pemalu dalam diri setiap wanita tidak kira remaja mahu pun anak perempuan sebagai pendinding yang akhirnya membimbing mereka menjadi muslimah sejati serta menjaga perilaku. Jadi lihatlah diri kita, lihatlah diri anak gadis kita dan lihatlah saudara perempuan kita. Adakah wujud sifat malu itu? Dari segi berpakaian, pergaulan, waima dari sudut tutur kata. Andai sifat malu ini sudah tiada dalam diri mereka maka terjadilah pasangan remaja yang berpegangan tangan, berpeluk cium dan sebagainya di khalayak. Sebagai manusia dan lelaki yang masih waras akan akal fikirnya tidak saya menunding jari hanya pada kaum Hawa. Kesalahan itu juga harus di tanggung oleh Adam yang tidak tahu akan tanggungjawabnya. Kesalahan utama adalah pada ibu bapa.

kebebasan

Kita mengabaikan pendidikan anak lelaki. Kita memberikan kebebasan pada anak lelaki, atas dasar mereka lelaki dan tahu menjaga diri. Keutamaan hanya diberikan pada anak perempuan. Kita kawal anak gadis atas dasar ingin menjaga pergaulan, tetapi kita lupa kelemahan mereka.. Didiklah anak lelaki dengan sifat tanggungjawab terhadap perempuan serta tugas mereka sebagai pemimpin. Tanamkan dalam diri mereka perempuan bukan bahan permainan, bukan bahan pemuas nafsu, bukan pelakon yang perlu ditayang, dipamer atau direkodkan. Ajarkan anak lelaki kita, bahawa perempuan dijadikan dari rusuk kiri lelaki bukan untuk diletakkan di bawah sebagai penggalas kaki, bukan di atas untuk dijunjung dan dipuja. Tetapi di rusuk kiri seperti asal kejadian 'perempuan' itu, supaya dekat dengan hati untuk dilindungi, disayangi dan dikasihi. Andai kita mendidik anak lelaki kita akan sifat tanggungjawab dan mengajar mereka faham untuk apa perempuan dijadikan, andai ia digabungkan dengan didikan agama yang sempurna akan terlindunglah perempuan dari mencela diri mereka sendiri dan terlindunglah perempuan dari melakukan perkara yang di kutuk Allah.

- PutraPetraPetri, Kluang, Johor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...