terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 30, 2010

MBPJ didesak atasi segera 'restoran mafia'

TIADA tindakan langsung oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berikutan tersiarnya Forum bertajuk Restoran mafia, SPRM diminta bertindak oleh Pembayar Cukai, Kota Damansara di Utusan Malaysia bertarikh 6 April, 2010.

Jika penulis menyatakan sikap biadap dan tidak bertanggungjawab pengusaha terbabit, saya ingin bertanya adakah MBPJ tidak dapat bertindak kerana tekanan pihak tertentu?

Ataupun, adakah pihak MBPJ sengaja 'tutup mata' terhadap masalah dibangkitkan kerana kemungkinan adanya pembabitan gejala rasuah.

Saya juga mengalami masalah baru-baru ini ketika berada di Dataran Sunway, Kota Damansara apabila pengusaha restoran meletak kerusi meja di atas jalan raya sesuka hati mereka tanpa mempedulikan kesesakan lalu lintas yang berlaku.

Saya sekeluarga kecewa dan terpaksa pulang tanpa singgah ke tempat yang hendak dituju kerana keadaan diburukkan dengan kenderaan yang double-park dan kesukaran untuk mendapat tempat letak kereta.

Pihak kerajaan negeri hendaklah bertindak tegas terhadap masalah 'restoran mafia' ini ataupun pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat gejala rasuah seperti saranan Pembayar Cukai.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan jika terbukti adanya tekanan pihak tertentu yang bersekongkol dengan kumpulan haram sehingga tindakan penguatkuasaan tidak dapat dijalankan MBPJ.

Saya juga ingin menarik perhatian pihak MBPJ mengenai surat terbuka di akhbar ini bertarikh 12 April, 2010 bertajuk PJ: Antara keuntungan dan soal rakyat oleh Warga Prihatin, Petaling Jaya.

Syabas diucapkan kepada penulis kerana mempersoalkan keprihatinan Datuk Bandar MBPJ di dalam mengurus bandar raya ini yang semakin membebankan penduduk kerana mengutamakan keuntungan daripada kesejahteraan rakyat.

Pihak berkuasa tempatan dan ahli majlis yang dilantik perlu buktikan kesungguhan dan iltizam mereka di dalam menangani masalah yang dihadapi bagi menolak tanggapan 'cakap tidak serupa bikin' oleh penduduk.

MBPJ perlu memainkan peranan pentadbir yang accommodating daripada bersikap aggressor di dalam melaksanakan undang-undang tanpa perlu kompromi dengan pihak yang cuba mencabar kuasa yang diamanahkan.

Sesungguhnya pentadbir yang proaktif terhadap permasalahan rakyat akan sentiasa didokong dan disokong segala tindak-tanduk mereka.

ANTI TUTUP MATA

Damansara

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...