terima kasih buat kalian semua..

Thursday, April 15, 2010

Melayu sajakah harus bersikap liberal?

Memperjuang hak dianggap pelampau, tindakan sama bangsa lain tidak pernah dipersoal

NAMPAKNYA kini sudah ada istilah baru yang menjadi bahan perbincangan sesetengah puak untuk memecahkan lagi orang Melayu, iaitu Melayu liberal. Puak ini seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa orang Melayu terus saja mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan mengenai kedudukan Melayu, malah Bahasa Melayu sebagai tidak liberal.

Maka itu, Melayu yang mahu pertahankan hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilabelkan sebagai pelampau. Apakah perjuangan mereka ini salah dan tidak senada dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan sekarang?

Usaha dilakukan ini menimbulkan beberapa persoalan. Apakah sikap Melayu begitu akomodatif sekali selama ini masih tidak memadai bagi mereka yang begitu mudah mahu melabelkan Melayu? Kenapa orang Melayu saja dikehendaki bersikap liberal? Bagaimana dengan orang Cina dan India? Apakah mereka ini tidak perlu bersikap liberal dan berakomodatif terhadap Melayu?

Orang Melayu yang dilabelkan sebagai pelampau ini bukan pun mahu lebih daripada diperuntukkan. Hanya hendak perjuangkan apa yang hak seperti termaktub dalam perlembagaan saja. Apakah perjuangan ini pun dianggap melampau?

Siapa sebenarnya yang melampau dalam hal ini? Bila bahasa kebangsaan sendiri pun diabaikan. Inikah dikatakan warga yang berbangga menjadi rakyat Malaysia? Kalau benar begitu kenapa bahasa Melayu terus saja diabaikan seperti dilakukan sesetengah orang kononnya orang Malaysia.

Lihat saja beberapa pemaju perumahan yang berterusan abaikan bahasa Melayu, malah dalam risalah yang mereka edarkan ke rumah-rumah termasuk kawasan seperti Shah Alam iaitu lebih 90 peratus didiami Melayu. Pemaju hanya menggunakan bahasa Ing geris dan Mandarin mengenai rumah yang mereka hendak jual. Apakah boleh disimpulkan daripada sikap begini? Apa muslihat pemaju perumahan itu?
Bagaimana pula dengan pengerusi akhbar China yang berucap dalam bahasa Mandarin dalam satu upacara ulang tahun akhbar itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi tetamu kehormat. Sepatah pun bahasa Melayu tidak digunakannya.

Memang disedari ia adalah suatu acara akhbar Cina dan tentu tidak salah berucap dalam Mandarin. Tetapi memandangkan tetamu kehormatnya ialah Perdana Menteri dan ada beberapa orang Melayu lain, tidak bolehkah sekurang-kurangnya dia memulakan ucapannya dengan kata-kata aluan dalam bahasa Melayu? Orang ini bukan saja tidak menghormati bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini, malah tidak menghormati tetamunya.

Jelas daripada sudut pandangan mereka yang menimbulkan persoalan Melayu liberal ini orang Melayu tidak boleh pertahankan hak mereka. Tetapi bukan Melayu boleh saja bersikap demikian tanpa dilabelkan sebagai pelampau? Maka itulah akhbar Melayu yang pertahankan hak Melayu dilabel pelampau, tetapi akhbar berbahasa Cina berterusan pertahankan hak Cina dan mengkritik Melayu termasuk pertubuhan seperti Perkasa tidak pula dilabelkan pelampau.

Maka itulah mereka ini tidak pula mahu menyebut mengenai Cina liberal atau India liberal. Apakah dari sudut pandangan mereka, orang bukan Melayu tidak perlu bersikap liberal? Apa liberalnya jika hingga kini selepas merdeka lebih 53 tahun, masih ada di antara mereka ini sedikit pun tidak mahu menghormati bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini?

Sebagai perbandingan lihat saja keadaan di Thailand tidak siapa pun boleh terfikir orang Thailand tidak boleh bertutur bahasa Thai. Lihat juga dengan keadaan di Indonesia. Tidak terfikir langsung seorang rakyat Indonesia tidak boleh berbahasa Indonesia. Malah rakyat Indonesia berketurunan Cina pun bertutur bahasa Indonesia.

Bolehkah kita mengharapkan keadaan sama di Malaysia? Kalau bukan Melayu mungkin hanya golongan baba saja bertutur sesama mereka dalam bahasa Melayu. Malangnya golongan baba ini pula semakin pupus.

Bagaimana pula dengan sikap akomodatif Melayu yang sanggup menerima sesiapa saja tanpa kira bangsa, ras atau latar belakang sebagai Melayu hanya dengan berpegang kepada tiga syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu beragama Islam, bertutur bahasa Melayu secara lazim dan memegang kepada adat resam Melayu. Apakah sikap begini inklusif masih tidak memadai?

Apakah dengan peruntukan yang amat liberal dan begitu akomodatif ini tidak menunjukkan orang Melayu sudah pun bersikap liberal se jak dulu? Di manakah dalam dunia ini ada puak majoritinya yang bersikap begitu liberal sekali sanggup menerima siapa saja ke dalam kelompok mereka dengan syarat yang begitu liberal?

Maka itu apabila ada sesetengah puak di sini menyebut pemilihan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat patut dicontohi Malaysia, saya pernah menyebut bagaimana tidak fahamnya orang ini dengan kedudukan di Malaysia. Orang Melayu di sini sudah lama sedia menerima siapa saja tidak kira bangsa sebagai Melayu asalkan mereka mematuhi tiga kehendak Perlembagaan. Itu saja.

Maka, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sejak awal lagi diterima sebagai Melayu walaupun ibunya orang Thailand. Tidak seperti Obama yang walaupun ibunya orang putih masih dianggap majoriti kulit putih di Amerika sebagai negro. Jadi siapa yang lebih liberal?

Maka, Melayu sejak dulu lagi sentiasa bersikap inklusif bukan eksklusif di mana siapa saja boleh diterima sebagai Melayu. Melayu juga mungkin hanya satu-satu saja bangsa yang bersifat demikian menerima bangsa apa pun sebagai Melayu.

Oleh Rejal Arbee


1 comment:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...