terima kasih buat kalian semua..

Thursday, April 8, 2010

Nasihat artis jaga adab


SAYA sempat menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 disiarkan TV3 malam Ahad lalu. Saya dan ramai lagi rakan amat memuji pengacara Raja Azura menegur cara terus dan telus agar artis yang belum berkahwin jangan berpegangan tangan apatah lagi berpelukan.

Rasanya inilah pertama kali kedengaran teguran yang cukup berkesan kepada artis muda yang tidak tahu segan silu ter-utama apabila diadakan siaran langsung melalui kaca televisyen.

Perkara ini harus menjadi rutin kepada stesen TV yang mengadakan siaran langsung agar kesucian Islam tidak di persendakan.

Tidak salah berhibur atau bermuzik asalkan mengikut peraturan berlandaskan Islam. Jangan dengar pelbagai alasan yang cuma untuk menghalalkan perbuatan yang tetap haram dari segi hukum.

Stesen TV lain juga harus peka hal ini agar tidak menjadi perkara lumrah bab bersentuhan lelaki perempuan yang bukan muhrim.

Jika boleh, di dewan berlangsungnya acara, tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan termasuk yang hadir bersama isteri atau suami. Itu menunjukkan kita patuh pada perintah Allah.

Pihak pengurusan tertinggi stesen TV juga harus peka dengan cara berpakaian pengacara. Cukuplah dengan cantik serta menutup aurat, tidak pada seksi yang ditonjolkan.
Kementerian berkaitan harus memantau serta kuatkuasakan peraturan dan jangan hanya mengeluarkan kenyataan panduan sudah ada tetapi longgar apabila timbul satu-satu isu.

Jabatan Agama Islam dan Jakim harus aktif serta produktif dalam membela agama Allah. Peraturan menutup aurat perlu jelas serta mengikut hukum Islam. Tahniah Raja Azura dan Berita Harian.

ISKANDAR HASANI,
Klang, Selangor

1 comment:

  1. Salam 1Msia, saya amat bersetuju dgn pandangan tn tu. Artis menjadi idola & ikutan....jadi sepatutnya semua pihak memberi perhatian serius perkara ini. Walaupun tiada kajian menyatakan meruntuhan akhlak berpunca drp pengaruh artis tetapi patuhilah norma2 berpakaian masyarakat kita. LU....Pikirlah SENDIRI>...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...