terima kasih buat kalian semua..

Thursday, April 1, 2010

Nasihat kepada GRO IPTA

SAYA ingin mengulas surat Bapa Resah pada 12 Mac 2010 dan Bapa Prihatin pada 25 Mac 2010.

Rata-rata lelaki dikatakan jatuh cinta pandang pertama pada wanita. Ini bermakna kerana kecantikan luarannya. Bila hal ini berlaku, lelaki muda ini dikatakan mata keranjang.

Tetapi kebiasaannya yang cantik inilah yang menggunakan kelebihan untuk menjerat diri sendiri dan juga lelaki berwang.

Tetapi jika lelaki jatuh cinta pada wanita yang tidak cantik, lelaki tersebut dikatakan pula bodoh kerana telah dibomoh oleh perempuan tersebut.

Berbalik kepada siswi IPTA jadi GRO, saya sendiri pernah nampak dan mendengar cerita daripada kawan yang ditinggal oleh teman wanita kerana teman wanitanya telah beralih arah kepada lelaki berwang.

Jarang-jarang nampak siswi-siswi ini diambil dan dihantar oleh lelaki berwang di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau di pusat bandar dengan kereta mewah.

Padahal apabila diselidiki latar belakangnya, siswi tersebut 'tidak layak' berada dalam kenderaan itu. Lelaki yang menghantar pula mungkin seusia ayah siswi terbabit, dengan itu, pihak keselamatan di pintu masuk pasti tidak akan mengesyaki apa-apa.

Saya dan kawan-kawan pernah ternampak kemesraan 'anak perempuan dan ayah' ini di pusat-pusat membeli-belah di Lembah Klang atau negeri tempat saya belajar dahulu.

Kawan-kawan saya mengaku, mereka sendiri tidak pernah semesra itu dengan ayah mereka. Jika sudah 'termengandung', maka fikirlah adakah lelaki berwang ini akan bertanggungjawab kerana tiada ikatan yang sah.

Jika mereka tidak mahukan bayi, inilah punca masalah yang menimpa negara kebelakangan ini yang digegarkan dengan penemuan mayat siswi bersama bayi yang telah berulat di dalam kolej kediaman.

Kedua, kembali pada teman lelaki yang ditinggalkan dahulu, ajak kahwin segera tanpa memberitahu sudah 'berbadan dua' kerana sudah di 'kerjakan' oleh lelaki berwang ini.

Wahai lelaki, selidik dahulu jika anda tiba-tiba 'dipinang' oleh bekas teman wanita yang telah meninggalkan anda dahulu.

Sanggupkah anda menjadi 'pak sanggup'? Jangan jadi bodoh kerana wanita 'cerdik' ini walaupun anda ditawarkan kehidupan yang mewah dengan adanya rumah dan kereta yang telah disediakan oleh 'bapa' kepada anak dalam perut bekas teman wanita anda.

Jika Bapa Prihatin ada menceritakan tanda-tanda siswi tersebut sebagai wanita simpanan seperti berkereta mewah, tinggal bersendirian di kondo atau apartmen mewah, pakai pakaian berjenama dan penampilan diri atau rambut yang sentiasa berubah-ubah, maka di sini, saya ingin jelaskan pada lelaki-lelaki yang tidak berwang dan yang masih belajar bersama-sama dengan teman wanita anda, jika teman wanita anda tiba-tiba memutuskan hubungan dengan alasan yang tidak masuk akal, ini bermakna ada lelaki berwang sedang menanti si dia.

Sebagai lelaki biasa dan manusia, sudah pasti anda tidak mampu melawan lelaki berwang ini.

Jika Bapa Resah menyeru golongan ibu bapa mengawasi anak- anak gadis mereka, saya pula mengambil kesempatan untuk menyeru siswa-siswi dan adik-adik yang masih bersekolah, belajarlah bersungguh-sungguh hingga peringkat paling tinggi.

Selain ia menjadi tuntutan agama Islam, ilmu yang anda miliki boleh menjamin anda mendapat kerja dan gaji yang lumayan seterusnya menjadikan insan berwang yang betul.

Saya menyokong penuh kempen 'Kami Prihatin'.

MUHAMMAD ZIQRIE JAMAL

Machangster,

Kelantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...