terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 23, 2010

Pakaian seragam kokurikulum pelajar perempuan sendat perlu dikaji

KEPENTINGAN pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum tidak dapat dinafikan lagi. Ia untuk mempersiapkan kemahiran sosial dan kemahiran luar darjah di kalangan pelajar. Sehari dalam seminggu, pelajar diwajib memakai pakaian seragam kokurikulum bagi menunjukkan kepentingan kokurikulum kepada mereka.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran perlu menyemak kembali dasar dan panduan pemakaian uniform kokurikulum sekolah menengah dengan segera. Jika dilihat bentuk uniform kokurikulum bagi pelajar perempuan, adalah melanggar panduan yang diajar oleh Islam.

Islam mensyaratkan pakaian wanita mestilah longgar, tidak jarang dan labuh. Tetapi hari ini kita mendapati kebanyakan uniform kokurikulum pelajar perempuan adalah sendat dengan tubuh pemakai dan labuhnya hanya setakat pinggul. Justeru, pihak kementerian perlu menyemak kembali bentuk uniform kokurikulum di kalangan pelajar wanita supaya selaras dengan panduan Islam yang dapat memelihara perilaku tidak senonoh di kalangan pelajar. Pihak pereka fesyen pakaian boleh mencadangkan bentuk pakaian mengikut bidang kokurikulum berkenaan.

Pakaian agak ketat yang dapat diperhatikan ialah pakaian seragam pasukan kadet bomba, kadet dan polis. Kita tidak mahu melihat pelajar perempuan berpakaian bagaikan ‘nangka dibalut kain’. Antara ciri pakaian seragam baru yang dicadangkan, biarlah ia bersifat longgar dan labuh melebihi punggung pemakai.

AZHAR MOHAMMAD,
Kg Tunjung, Kota Bharu

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...