terima kasih buat kalian semua..

Sunday, April 11, 2010

Pesakit koma tidak perlu qada solat

SAUDARA saya sakit tenat dan menggunakan mesin bantuan pernafasan. Dia bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat qada solatnya. Persoalannya apakah warisnya boleh qada solatnya itu atau adakah cara lain yang boleh membantunya.

H Aiman,Kuala Lumpur.

SYARAT wajib seseorang mengerjakan solat ada enam iaitu Islam, suci daripada haid dan nifas, berakal, baligh, ada pendengaran dan sampai dakwah Islam kepadanya. Jadi bagi orang yang koma atau tidak sedarkan diri, maka tidaklah menjadi dosa ke atasnya dan jika beliau meninggal dunia, maka tidak perlu qada untuknya kerana solat adalah kewajipan ke atas seseorang apabila ia cukup syarat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Allah tidak mentaklifkan (membebani) seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) apa yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) daripada (kejahatan) dilakukannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Hadis Ibn ‘Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena daripada tiga perkara. Anak kecil sehingga berakal, orang tidur sehingga jaga dan orang hilang akal atau gila hingga ia sedar.” Wallahualam

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...