terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 16, 2010

SMS 'sampah': Telcos lain pun sama

SAYA terpanggil untuk berkongsi rungutan Dr.Nor'Aishah yang disiarkan dalam akbar ini pada 12 April 2010 bersangkutan ISU sms 'SAMPAH'.

Sememangnya saya dan juga ramai pelanggan telefon bimbit di syarikat lain juga mengalami nasib yang sama seperti Dr.Nor'Aishah yang terpaksa membayar kos SMS yang tidak diundang itu.

Saya juga hairan, tiap-tiap hari ada saja SMS yang tidak diperlukan masuk ke telefon saya.

Saya beranggapan SMS masuk itu percuma, jadi saya buat tak kesah dan bacalah apa yang dituliskan itu. Tetapi apabila tiap-tiap bulan baki prepaid saya cepat habis sedangkan saya agak kurang menggunakannya, hanya untuk perkara-perkara yang penting sahaja, sekarang barulah saya tahu setiap SMS sampah yang masuk itu dikenakan bayaran.

Perkara yang sama juga berlaku kepada anak-anak saya yang tiap-tiap minggu minta tambah wang menambah kredit telefon mereka.

Saya menyokong supaya pihak yang bertanggung jawab dapat menyiasat perkara ini bagi membendong kegiatan yang merugikan pelanggan terutama anak-anak yang mana wang saku mereka diberi oleh ibu bapa mereka tapi habis dengan SMS sampah yang tidak diundang ini.

BANOSA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...