terima kasih buat kalian semua..

Sunday, April 18, 2010

Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan

ADAKAH haram hukum binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah? Harap ustaz dapat jelaskannya.

Amran, Shah Alam.

Jawapan:
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah…”

Sebenarnya hukum halalnya suatu penyembelihan tidaklah disyaratkan menyebut nama Allah SWT. Yang disyaratkan ialah jangan menyembelih dengan menyebut nama selain Allah. Contohnya, seseorang berkata, “aku menyembelih dengan nama dewa gunung” dan seumpamanya.

Hukum membaca Bismillah ketika menyembelih adalah disunatkan.

Di dalam kitab al-Muhazzab, Juz 1, muka surat 252 sebagai berikut (yang bermaksud): “Maka jika si penyembelih itu meninggalkan Bismillah, tidaklah haram kerana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah rha bahawa satu kaum daripada orang Badwi ada membawakan daging kepada kami. Tidaklah kami mengetahui apakah mereka menyebut nama Allah ataupun tidak.
Maka sabda Nabi SAW, “Sebutlah olehmu nama Allah ke atasnya dan makanlah.” Wallahualam

1 comment:

  1. Alhamdulilah Tuan, semoga Allah memberkati atas usaha tuan mentarbiah sedikit sebanyak kapada pembaca/pengikut blog.dalam satu hari sekiranya tuan sisipkan satu persoalan tentang Islam ini amat baik.bagi saya tolong tuan cerita/hurai tentang rukun sembayang.kadang-kadang nampak kaki tak betul semasa sujud dan seumpamanya. terima kaseh.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...