terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 5, 2010

AS miliki 5,113 senjata nuklear

Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mendedahkan bahawa ia memiliki sejumlah 5,113 peledak peluru nuklear, dalam pengumuman luar biasa yang dibuat bertujuan membantu usaha mengawal senjata nuklear.

Angka yang sekian lama dirahsiakan itu diumumkan oleh Pentagon semalam, sementara Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton menyuarakan pendirian baru Washington berhubung program nuklearnya.

"Kami mahu mengambil pendirian seberapa telus yang boleh mengenai program nuklear AS kerana ini adalah untuk kepentingan keselamatan negara kami sendiri," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton pada persidangan di New York mengenai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Katanya, ketelusan membantu memupuk keyakinan dan membolehkan lebih ramai orang memahami apa yang hendak dilaksanakan oleh Presiden Barack Obama dan pentadbiran beliau.

Langkah simbolik itu bertujuan untuk meningkatkan momentum dalam persidangan NPT di New York dan diambil selepas AS dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan simpanan senjata nuklear masing-masing.

Pakar bebas sebelum ini sudah pun menganggarkan stok senjata nuklear AS sejak beberapa tahun lalu, manakala penyokong kawalan senjata berkata, merahsiakan angka berkenaan tidak lagi masuk akal memandangkan Perang Dingin sudah lama berakhir.

AS semalam turut mengumumkan kempen untuk memungut AS$100 juta (RM320 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membantu negara-negara membangun memperoleh tenaga nuklear bagi kegunaan awam.

"AS menjanjikan AS$50 juta (RM160 juta) untuk kempen itu dan akan bekerjasama dengan negara lain bagi mencapai sasaran AS$100 juta (RM320 juta) menjelang pembukaan Persidangan Kajian Semula NPT akan datang," menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Dana tersebut diperuntukkan bagi projek-projek tajaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi memenuhi permintaan tenaga dan digunakan untuk tujuan kemanusiaan seperti meningkatkan rawatan kanser dan memerangi penyakit berjangkit.

"Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan bekalan air, dan untuk membangunkan infrastruktur bagi penggunaan kuasa nuklear untuk tujuan awam," katanya. - AFP

- siapakah paksi keganasan..boleh fikir sendiri...

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...